UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembinaan modul Thirukkural berasaskan inkuri terbimbing untuk meningkat kemahiran berfikir aras tinggi murid tahun lima

AVAILABLE Thesis 84 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pembinaan modul Thirukkural berasaskan inkuri terbimbing untuk meningkat kemahiran berfikir aras tinggi murid tahun lima
Type
Thesis
Main Author
R Kavitha Ramasamy
Additional Authors
  • Faridah Hanim Yahya (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membina dan menilai modul Thirukkural berasaskan inkuiri terbimbing (MoKThI) untuk meningkatkan KBAT murid Tahun Lima SJKT. MoKThI dibina berasaskan kepada Model ASSURE dan digabungjalinkan dengan _scaffolding_ dan pembelajaran 5E. Seramai 50 orang murid dari sebuah SJKT Daerah Hilir Perak, Perak telah dipilih sebagai sampel kajian. 25 orang murid dari kumpulan kawalan mengikuti pembelajaran konvensional dan 25 orang murid dari kumpulan eksperimen menjalani pembelajaran dengan menggunakan Modul MoKThI. Intervensi dijalankan selama enam minggu. Kaedah penyelidikan yang digunakan ialah kaedah gabungan iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini menggunakan ujian pra dan pasca, soal selidik dan temu bual sebagai instrumen pengukuran. Kajian rintis 1 dilaksanakan untuk menguji ketekalan item dalam soal selidik pada fasa analisis dan kajian rintis 2 dilaksanakan untuk menguji ketekalan modul MoKThI. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Science Social (SPSS) versi 26.0 untuk meneliti min, sisihan piawai dan interpretasi kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai purata min kumpulan eksperimen bagi kemahiran mengaplikasi (min = 96.9, SP = 3.55), kemahiran menganalisis (min = 80.8, SP = 15.4 ), kemahiran menilai (min = 86.0, SP = 10.4) dan kemahiran mereka cipta (min = 66.8, SP = 6.70). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan (p < 0.05) antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen bagi keempat-empat kemahiran KBAT. Ujian-t tak bersandar bagi min markah ujian pasca kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan (p < 0.05). Analisis ANCOVA turut menunjukkan perbezaan yang signifikan [F(12.58) = 326.05, p < .05]. Hasil dapatan kajian mendapati Modul MoKThI berjaya meningkatkan KBAT murid Tahun Lima. Kajian ini berpotensi menjadi pedagogi baharu untuk guru merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada masa akan datang agar dapat menerapkan aspek KBAT dalam sastera dan menjadikan PdP sastera sesuatu yang menyeronokan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.