|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Objektif kajian ini ialah untuk menganggarkan kadar pulangan pelaburan dalam pendidikan bagi
guru. Selain daripada itu, objektif kajian ini juga ialah untuk mengenal pasti insiden
terlebih dan terkurang pendidikan dalam kalangan guru. Reka bentuk kajian ialah kajian
kuantitatif iaitu maklumat dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri
daripada seramai 400 guru tetap yang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di Alor Setar,
Kedah. Persamaan Pendapatan Mincer (1974) digunakan untuk menganggarkan kadar pulangan
pelaburan dalam pendidikan bagi guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa purata kadar pulangan
pelaburan dalam pendidikan bagi setahun persekolahan untuk guru yang terlibat dalam kajian ini
ialah 8.6%. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa wujud insiden terlebih dan terkurang pendidikan
dalam kalangan guru di negara kita. Guru yang berkelayakan sarjana berpendapat bahawa kelayakan
ikhtisas yang mereka miliki adalah lebih tinggi daripada kelayakan yang diperlukan untuk
melakukan pekerjaan mereka sekarang, khususnya yang berada di sekolah rendah. Wujud
persoalan adakah golongan ini perlu diberi perhatian khusus supaya kelebihan ilmu dan kemahiran
yang mereka miliki dapat dimanfaatkan dalam pembangunan pendidikan negara. Oleh itu, kajian
yang lebih komprehensif dengan data yang lebih besar perlu dilakukan untuk menjawab isu tersebut.
lmplikasi kajian ini ialah para guru dapat menganggarkan kadar pulangan pelaburan dalam pendidikan.
|
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |