|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Pelaksanaan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Malaysia pada hari ini telah mencapai kemajuan bukan hanya di peringkat sekolah rendah malah di peringkat sekolah menengah juga. Ini menunjukkan guru KAFA memainkan peranan penting dalam memperkasakan amalan pengajaran guru. Kajian ini dijalankan adalah untuk membincangkan amalan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru Kelas Kafa Menengah (KKM) di Negeri Selangor yang melibatkan kesediaan guru serta kaedah yang dilaksanakan oleh guru. Teori Ibnu Khaldun digunakan dalam kajian ini bagi mengenal pasti kaedah yang dilaksanakan di KKM. Kajian ini melibatkan 56 guru yang mengajar KKM di Negeri Selangor. Reka bentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan (survey research) yang menggunakan instrumen soal selidik sebagai alat kajian digunakan dalam kajian ini. Kaedah analisis data dalam kajian ini adalah menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi menggunakan peratus, min, sisihan piawai, Ujian t-Test, ANOVA dan Korelasi Pearson. Min keseluruhan dapatan kajian bagi tahap kesediaan guru adalah sederhana tinggi iaitu 3.98, manakala kaedah pengajaran adalah tinggi iaitu 4.33. Min masalah dan cabaran yang dihadapi oleh guru pada tahap sederhana tinggi iaitu 3.72. Analisis Inferensi perbezaan menunjukkan 3 hipotesis nol diterima dan 1 hipotesis nol ditolak berdasarkan 4 faktor demografi guru. Analisis korelasi menunjukkan hubungan di antara kesediaan guru dengan amalan pengajaran guru ialah (r=0.582, p |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |