|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini membangunkan serta menilai kesahan dan kebolehgunaan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menyanyi dengan Pic yang Betul melalui Pengintegrasian Aplikasi SingTrue bagi Murid Tahun Empat. Pelaksanaan kajian berpandukan Model ADDIE merangkumi tiga peringkat utama iaitu Analisis Keperluan Elemen, Pembangunan dan Kesahan serta Penilaian Kebolehgunaan Modul. Kaedah triangulasi data digunakan bagi analisis dokumen merangkumi Dokumen Standard Pengajaran dan Pembelajaran (DSKP) Pendidikan Muzik Tahun Empat, aplikasi SingTrue dan temu bual bersama guru. Dapatan memperlihatkan tiga elemen utama yang diperlukan dalam pembangunan modul termasuklah komponen Pengenalan, Kandungan dan Grafik. Dapatan juga menunjukkan reka bentuk modul dibangunkan dalam bentuk flipbook dengan format digital melalui platform Heyzine serta penekanan terhadap konsistensi kesinambungan visual, pendekatan tipografi serta struktur pengajaran dan pembelajaran yang sistematik bagi meningkatkan keterbacaan dan kecekapan pelaksanaan. Penilaian kesahan modul oleh tiga orang pakar melalui borang soal selidik mencatatkan min keseluruhan 4.77 merangkumi skor min bagi aspek Reka Bentuk iaitu 4.78 dan Kandungan pula 4.76, masing-masing dengan interpretasi Sangat Sesuai. Penilaian kebolehgunaan pula dijalankan ke atas 37 orang murid juga melalui borang soal selidik menunjukkan min keseluruhan 4.40 melibatkan skor min bagi aspek Kebolehcapaian Objektif iaitu 4.24 dan Kesesuaian dalam PdP pula 4.34, masing-masing dengan interpretasi Sesuai manakala aspek Kepuasan pula mencatatkan min tertinggi iaitu 4.62 dengan interpretasi Sangat Sesuai. Dapatan ini menunjukkan bahawa pembangunan dan pendigitalan modul telah dilaksanakan secara menyeluruh dan sistematik berasaskan kehendak kurikulum dan prinsip reka bentuk instruksional yang sangat kukuh dengan kebolehgunaan yang tinggi bagi aspek kebolehcapaian objektif, kesesuaian pelaksanaan serta kepuasan murid yang optimum. Kesimpulannya, modul ini memperlihatkan potensi yang signifikan dalam meningkatkan penguasaan kemahiran menyanyi dengan pic yang betul melalui aplikasi SingTrue dalam kalangan murid Tahun Empat sekali gus mendukung pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital melalui pemanfaatan teknologi instruksional yang sejajar dengan keperluan pedagogi semasa. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |