UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :GV Recreation Leisure
Main Author :Kamariah Mohd Yassin
Title :Kaedah penaksiran dan penilaian prestasi sukan oleh jurulatih sekolah sukan Malaysia
Hits :11
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2003
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kaedah penaksiran dan penilaian prestasi sukan yang  dilaksanakan oleh jurulatih di Sekolah Sukan Malaysia (SSM). Instrumen untuk kajian ini ialah satu  set soal selidik (Instrumen Kaedah Penaksiran dan Penilaian Prestasi Sukan oleh Jurulatih) yang  dibina oleh penyelidik.  Soal selidik tersebut terdiri dari 38 item yang dibahagikan kepada enam  bahagian  1a1tu:  kaedah penaksiran;  prinsip pengukuran dalam sukan; analisis data; merekodkan  data; menggunakan keputusan penilaian prestasi serta kekerapan penilaian kecergasan fizikal dan  kemahiran sukan spesifik. Soal selidik ini mempunyai kesahan kandungan (telah disahkan oleh lima  orang panel pakar dalam bidang kejurulatihan, penilaian sukan, pedagogi sukan dan pembangunan  sukan) dan  kebolehpercayaan Alpha Cronbach (kaedah penaksiran dan priosip pengukuran dalam sukan a  = 0.89; analisis data, merekodkan data dan menggunakan keputusan penilaian prestasi a = 0.94;  kekerapan penilaian kecergasan fizikal dan kemahiran sukan spesifik a= 0.86). Kajian ini  menggunakan kaedah tinjauan dengan rekabentuk ex- post facto. Subjek kajian terdiri dari semua  jurulatih SSM (N= 42, Lelaki= 38, Perempuan= 4) dari 19 jenis sukan. Data dianalisis menggunakan  kekerapan, peratus, Ujian Khi Kuasa Likelihood Ratio, dan Ujian-t. Antara dapatan kajian ini ialah:  terdapat 76.2% hingga 81% jurulatih SSM tidak dapat mempraktikkan pengetahuan dan pengalaman  tentang pengujian, pengukuran dan penilaian sukan dalam amalan menilai prestasi sukan secara  saintifik dan sistematik; tidak terdapat amalan melaksanakan proses penaksiran dan penilaian  prestasi sukan (piawai, kesahan dan kebolehpercayaan) yang berkualiti, sistematik dan berterusan;  tidak terdapat sistem merekodkan data yang lengkap, berterusan dan sistematik; tidak terdapat  penggunaan maklum balas penilaian prestasi sukan yang mantap dan telus kepada atlit, ibu bapa dan  pentadbir; terdapat perbezaan amalan penaksiran dan penilaian prestasi sukan antara jurulatih dari  kedua-dua buah SSM. Kesimpulannya amalan kaedah penaksiran dan penilaian prestasi sukan oleh  jurulatih SSM di dapati tidak memuaskan, sistematik dan saintifik.  Justeru itu, dicadangkan  masalah tersebut perlu diatasi segera selaras dengan Dasar Pembangunan Atlit (KPM, 1999) dan  Laporan Penilaian Semula Konsep Sekolah Sukan Malaysia (KPM, 1997).  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.