UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembangunan dan penilaian Modul Literasi Bacaan Digital bahasa Tamil murid tahun 3

AVAILABLE Thesis 82 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pembangunan dan penilaian Modul Literasi Bacaan Digital bahasa Tamil murid tahun 3
Type
Thesis
Main Author
Gunasekaran Kuppusamy
Additional Authors
  • Ilaskumaran Sivanadhan (advisor)
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul Literasi Bacaan Digital dan menilai kesannya terhadap pencapaian murid dalam kemahiran membaca bahasa Tamil. Kajian ini menggunakan pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan yang berasaskan Model ADDIE yang merangkumi tiga fasa utama iaitu analisis, reka bentuk dan pembangunan serta penilaian yang dilaksanakan secara sistematik dan menyeluruh. Pada fasa pertama, analisis keperluan dijalankan dengan menggunakan tiga instrumen utama iaitu temu bual berstruktur, pemerhatian dan soal selidik bagi mendapatkan maklumat mengenai keperluan membangunkan Modul Literasi Bacaan Digital dalam bahasa Tamil bagi murid Tahun Tiga di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Dapatan kajian menunjukkan guru-guru bersetuju bahawa murid menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran membaca merentasi tiga kategori murid iaitu lemah, sederhana dan cemerlang. Guru-guru juga mencadangkan penggunaan modul dalam bentuk digital sebagai pendekatan yang berkesan untuk membantu murid mengatasi masalah tersebut. Dalam fasa kedua, iaitu fasa reka bentuk dan pembangunan, pengkaji menggunakan kaedah Fuzzy Delphi bagi mendapatkan konsensus pakar terhadap komponen utama dan elemen dalam modul. Model Kurikulum Taba turut dijadikan model sandaran di samping dapatan analisis dokumen bagi membangunkan Modul Literasi Bacaan Digital yang lebih komprehensif dan berstruktur. Fasa ketiga melibatkan penilaian modul daripada aspek kebolehgunaan dan keberkesanan. Penilaian kebolehgunaan dilaksanakan melalui Teknik Kumpulan Nominal (NGT), manakala penilaian keberkesanan dijalankan melalui reka bentuk kuasi-eksperimen dengan menggunakan ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan rawatan. Keputusan menunjukkan peningkatan signifikan skor min sebanyak 22.7 bagi kumpulan rawatan berbanding 3.5 bagi kumpulan kawalan. Ujian Kecepatan Efektif Membaca (KEM) turut menunjukkan peningkatan bacaan daripada 20 kepada 31 kata seminit, membuktikan peningkatan kelancaran membaca. Kesimpulannya, penggunaan Modul Literasi Bacaan Digital berasaskan aplikasi Book Creator terbukti dapat meningkatkan kemahiran membaca bahasa Tamil serta menjadi bahan bantu mengajar yang efektif kepada guru dan panduan pembelajaran bagi murid Tahun Tiga di SJKT. Implikasi kajian ini berpotensi untuk diaplikasikan ke dalam pembangunan kurikulum dan program latihan guru bagi sekolah-sekolah SJKT.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.