UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Chandru Muthiah
Additional Authors :
  • Manonmani Devi Anamalai
Title : Pembangunan dan penilaian modul pengajaran tatabahasa Tamil dalam aplikasi delima 2.0 untuk kelas bercantum
Hits :14
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Tujuan utama kajian ini adalah untuk membangunkan modul tatabahasa khusus untuk kelas bercantum, yang menjadi cabaran utama guru Bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Zon Utara Malaysia. Modul Pengajaran Tatabahasa Kelas Bercantum DELIMa 2.0 (TaBaTKeB) dibangunkan berasaskan pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) dengan gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Pembangunan modul ini berpandukan Model Pembinaan Modul Sidek, Model Rosset dalam fasa analisis keperluan, serta Model Kebolehgunaan Produk (CUE) dalam fasa penilaian. Fasa analisis keperluan melibatkan lapan orang guru melalui temu bual separa berstruktur dan pemerhatian PdPc yang dianalisis menggunakan perisian N-vivo 15. Dapatan menunjukkan ketiadaan modul khusus serta cabaran signifikan dalam pengajaran tatabahasa di kelas bercantum. Fasa reka bentuk dan pembangunan melibatkan 18 orang pakar melalui Kaedah Fuzzy Delphi (FDM) yang mencapai konsensus dengan nilai Threshold (d) < 0.2, peratus kesepakatan > 75% dan skor Fuzzy _ 0.5. Penilaian modul meliputi kesahan kandungan (95.44%), kesahan muka (92.5%) dan kebolehpercayaan tinggi dengan nilai Alpha Cronbach 0.967. Ujian-t bagi kumpulan kawalan (N=22, N=25) dan rawatan (N=40, N=44) menunjukkan perbezaan signifikan yang positif sebelum dan selepas penggunaan modul, masing-masing Tahun 4 (t = -7.725, p < 0.001) dan Tahun 5 (t = -6.703, p < 0.001). Penilaian kebolehgunaan oleh 12 guru menggunakan Teknik Kumpulan Nominal Ubah Suai (NGT) mencapai konsensus melebihi 80%. Kesimpulannya, Modul TaBaTKeB DELIMa 2.0 didapati sah, boleh dipercayai, berkesan dan mesra pengguna. Implikasinya, modul ini berpotensi menjadi panduan praktikal bagi memperkukuh PdPc tatabahasa Tamil kelas bercantum.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.