Abstract
Seseorang pewacana memerlukan upaya untuk menyampaikan wacana (bahasa) agar identitinya dapat diserlahkan. Kepentingan wacana juga telah menjadikan pemimpin-pemimpin utama dunia mampu mencapai agenda mereka yang tersendiri. Berdasarkan premis tersebut, penelitian ini bertujuan menganalisis pemanfaatan aspek leksikal dan hubung kaitnya dengan pengidentitian yang terdapat dalam wacana Khaled Nordin, sebagai pemimpin yang mengetuai Kementerian Pengajian Tinggi. Oleh itu, teori analisis wacana kritis tiga dimensi yang dicadangkan oleh Fairclough (1992, 1995) dilihat relevan untuk dijadikan sebagai panduan. Data wacana yang dimanfaatkan dalam kajian ini berupa teks ucapan yang telah disampaikan oleh Khaled Nordin selaku menteri di Kementerian Pengajian Tinggi, iaitu sebanyak 20 teks. Teks-teks ucapan tersebut telah dipilih secara rawak untuk dianalisis dan ia merupakan koleksi ucapan Khaled Nordin sepanjang tahun 2009 hingga 2012. Hasil analisis menunjukkan bahawa melalui pendekatan analisis wacana kritis, masyarakat bukan setakat dapat meneliti cara-cara pemimpin mewacanakan ideologi, pemikiran, dan pendirian mereka, malah wacana dilihat sebagai pembentuk identiti yang sangat penting bagi seseorang pemimpin. Dapatan juga menunjukkan bahawa leksikal merupakan satu daripada aspek penting dalam dimensi tekstual sesuatu wacana dan berupaya dikaitkan dengan pengindentitian seseorang pemimpin seperti Khaled Nordin.
Kata kunci akademik, bahasa, leksikal, identiti dan wacana
References
Asmah Haji Omar. 1992. Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. 2006. Panduan wacana akademik: Teori dan penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Fairclough, N. 1989. Language and power. London: Longman.
Fairclough, N. 1992. Discourse and social change. Cambridge: Polity Press.
Fairclough, N. 1995. Critical discourse analysis: The critical study of language. London: Longman
Harimurti Kridalaksana. 1970. Struktur sosial dan variasi bahasa, Budaya Jaya, 8-16.
Hecht, M.L. 1993. A research odyssey: toward the development of a communication theory of identity. Communication Monographs. 60 (3): 76-82.
Idris Aman. 2010. Analisis wacana. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Janks, H. 2005. Language and design of text. English Teaching: Practice and Critique, Vol 4, 3, 97 – 110.
John, E. J. 2004. Language and identity, National, Ethnic, Religious. New York: Palgrave Macmillan.
Keller, A.T. 1997. Language and identity. Dlm. Florian Coulmas (editor). The Handbook of Sosiolinguistics, hlm. 315-326. UK: Blackwell Publishers.
Khaled Nordin. (2010). Pengajian tinggi dan jaminan masa depan negara. (Mohd Izani Mohd Zain, & Harshita Aini Haroon, Peny.) Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Md. Sidin Ahmad Ishak & Mohd. Saleeh Rahamad. 1996. Strategi Bahasa Panduan Nahu dan Retorik untuk Penulisan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Mohd Azizuddin Mohd Sani. 2010. Cabaran akademia muda dalam membudayakan kesarjanaan. Berita Harian, Tarikh capaian 20 Mei 2013 daripada www.bharian.com.my/.../ Cabaranakademiamudadalammembudayakankesarjanaan.
Nik Safiah Karim. 1989. Beberapa persoalan sosiolinguistik bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Roberts, B. 2007. Language as Identity. http://eslteachersboard.com/cgi-bin/ articles/index.pl?noframes;read=1644 [25 September 2008].
Shamsul Amri Baharuddin. 2001b. Pembinaan acuan identiti. Dewan Budaya. 23(7):52-53.
Swanson, C. 2000. Language and Identity in Australia. http://www. convictcreations.com/research/languageidentity.html [25 September 2008].
Thain, D. H. 1993. The CEO’s No. 1 Job. Business Weekly. Spring 93, Vol. 57 Issue 3, p.p 18.
Wan Faridah Akmal Wan Ismail, Noor Azmi Mohamad, & Ishak Mad Shah. (2002) Kepimpinan Transaksi/Transformasi Dan Ciri Kerja Profesional Teknologi Maklumat Sektor Awam Malaysia. Jurnal Teknologi, 37(E) Dis. 2002, 57–70.