UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Isu 'persepsi antara budaya' membawa kita kepada persoalan tentang peranan 'persepsi' dan kerelevenannya. 'Persepsi' memainkan peranan utama berhubungkait dengan perlakuan dan aktiviti manusia dan dari situ persepsi menjadi pengaruh utama ke atas perlakuan dan aktiviti manusia apabila manusia berkomunikasi antara satu sarna lain. Secara ringkasnya, 'persepsi bukan sekadar gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran kita sahaja, malah ianya secara langsung menentukan cara seseorang berhubung dengan orang lain dan apa yang berlaku kepada dirinya, iaitu pengalaman seseorang dalam konteks hubungan tersebut. Oleh itu, isu 'persepsi antara budaya' lebih sahih dan reieven sekiranya dilihat dari sudut konteks komunikasi antara budaya. Saya akan menghuraikan persepsi saya terhadap orang Jepun, sebagai seorang wanita Melayu yang pemah tinggal dan belajar di Jepun, sebagai seorang yang sedikit sebanyak mengenali adat resam orang Jepun serta dapat berkomunikasi dengan orang Jepun dengan menggunakan bahasa Jepun. Bagaimanapun, sedikit sebanyak persepsi saya terhadap orang Jepun mungkin berbeza dengan persepsi seorang Melayu lain yang tidak mengenali orang Jepun secara langsung menerusi sumber asal begini (first-hand knowledge). Saya ingin menekankan perihal 'persepsi' bahawa persepsi kita terhadap orang lain dan persekitaran kita adalah berdasarkan pengalaman yang berbeza yang berdasarkan makna terbina setelah makna dipengaruhi norma-norma dan nilai budaya, sarna ada budaya tersebut adalah budaya di mana kita dibesarkan atau budaya lain diserap. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |