UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :conference_item
Subject :HF Commerce
Main Author :Abu Bakar Thuaibah @ Suaibah, Md Ali Azlah, Md Som Hishamuddin, Bujang Siti Mariam,
Title :Aktiviti keusahawanan di kalangan ibu tunggal di negeri Johor : kajian terhadap faktor penglibatan dan masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal dalam bidang perniagaan
Year of Publication :2005

Abstract :
Satu ketika dahulu, bidang keusahawanan lebih banyak dipelopori oleh kaum lelaki berbanding dengan kaum wanita. Namun demikian, keadaan ini telah berubah apabila lebih ramai kaum wanita mula menyahut cabaran dengan melibatkan diri dalam dunia perniagaan pada masa kini. Antara golongan wanita tersebut, golongan ibu tunggal juga turut mengejar peluang yang ada dalam bidang keusahawanan ini. Keadaan hidup yang bersendirian tanpa suami dan ditambah lagi dengan tanggungjawab untuk menyara keluarga menyebabkan mereka terpaksa mencari pekerjaan dan sesetengah menjalankan pemiagaan secara kecil-kecilan bagi memperoleh pendapatan. Dorongan dan motivasi ibu tunggal ini untuk memberanikan diri menceburi bidang pemiagaan merupakan suatu perkara yang perlu dikagumi dan dipuji. Langkah ini selaras dengan dasar Kementerian Pembangunan Usahawan yang mahu menggalakkan penglibatan kaum wanita dalam bidang pemiagaan secara lebih efektif agar mampu bersaing dalam pasaran ekonomi yang bersifat global pada masa kini. Untuk itu satu kajian telah dibuat bagi mengkaji aktiviti keusahawanan di kalangan ibu tunggal di negeri Johor. Aspek-aspek yang menjadi fokus kajian ialah melihat profil pemiagaan ibu tunggal, faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan ibu tunggal dalam bidang pemiagaan. Selain itu, pengkaji juga cuba untuk mengenal pasti masalah-masalah yang sering dihadapi oleh ibu tunggal semasa memulakan dan semasa mengendalikan pemiagaan. Kajian ini melibatkan 75 orang ibu tunggal yang berdaftar dengan Persatuan Ibu Tunggal Negeri Johor yang terlibat dalam aktiviti keusahawanan. Basil dapatan kajian menunjukkan kebanyakan usahawan ibu tunggal menceburi bidang perusahaan makanan dan minuman dan juga perusahaan yang berasaskan kain. Majoriti ibu tunggal menyatakan bahawa sebab mereka menceburi bidang keusahawanan adalah sebagai punca pendapatan selain faktor minat dan faktor kerja sampingan. Kajian juga mendapati terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal semasa memulakan dan semasa mengendalikan perniagaan termasuk aspek kewangan yang merupakan masalah . utama mereka dalam bidang permagaan. Kata kunci: Usahawan wanita, ibu tunggal, Johor
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.