UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :conference_item
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Isin Ramli,
Title :Ibrahim Omar : peranan dan sumbangan dalam perkembangan novel Melayu
Year of Publication :2001

Abstract :
Dalam konteks perkembangan novel Melayu selama hampir lapan dekad itu, memang tidak dinafikan peranan dan sumbangan yang diberikan oleh pengarang-pengarang novel yang berasal dari negerinegen dalam Malaysia. Ini termasuklah pengarang-pengarang novel yang berasal daripada negeri Pahang Darul Makmur seperti Ahmad Kotot, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), Ibrahim Omar, Arman Sani dan Rahman Yusoff. Walaupun dari segi kuantitinya ternyata keeil berbanding dengan jumlah keseluruhan pengarang-pengarang novel dalam kesusasteraan Melayu yang berkarya antara tahun-tahun 1920- an hingga 2000 itu. Namun, sumbangan dan peranan yang mereka berikan dalam genre tersebut memang tidak boleh dipandang kecil, Dalam konteks ini suatu hal yang menarik ialah penglibatan mereka itu ada yang bermula sejak genre novel ini muneul dalam kesusasteraan Melayu pada tahun-tahun 1920an - 1930an. Pengarang yang dimaksudkan ialah Ahmad Kotot yang telah menghasilkan novel Hikayat Percintaan Kasih Kemudahan (1927). Kemudian jejak yang ditinggalkan oleh pengarang Ahmad Kotot itu dituruti oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dengan novel sulungnya berjudul Putera Gunung Tahan (1937) dan diikuti oleh Anak Mat Lela Gila (1941). Kemudian muneul Keris Masdengan novel Pahlawan Rimba Malaya (1946) dan Karban Kesuciannya (1949) ternyata telah menonjolkan lagi imej pengarang-pengarang novel dari negeri Pahang Darul Makmur khususnya pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua dan sebelum merdeka (1957).
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.