UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :conference_item
Subject :DS Asia
Main Author :Salleh Mohammad Noor,
Title :Pendeta Za'ba : Pemikir wawasan sains bangsa
Year of Publication :2003

Abstract :
Kertas kerja ini mencuba menampilkan Pendeta Za’ba sebagai pemikir wawasan sains dan teknologi bangsa Melayu. Selama ini Za’ba dilihat sebagai pejuang dalam bidang agama Islam, bahasa, kesusasteraan, politik, ekonomi, pendidikan dan sosial sahaja melalui beberapa kajian dan penyelidikan. Pada tahun 1923 lagi, Za’ba mengemukakan wawasan saintifik melalui dua artikel pentingnya tent an g kemiskinan orang Melayu dan cara mengatasinya. Dengan pembentangan wawasan itu, Za’ba dilihat menyampai dan menyempurnakan empat jenis ilmu dan pemikiran secara bersepadu untuk pembangunan minda bangsanya. Teori empat jenis pemikiran bersepadu dikaitkan dengan ajaran Islam, teori tokoh-tokoh pemikiran Barat dan cara kehidupan masyarakat majmuk Tanah Melayu. Ketokohan dan kependetaan Za’ba dikaitkan dan dibandingkan dengan kemajuan sains dan teknologi Negara Jepun dan Wawasan 2020 Dr. Mahathir Mohamad dalam arus kemajuan zaman sains dan teknologi. Ternyata wawasan Za’ba tahun 1923 untuk bangsa Melayu hampir sama dengan wawasan Mahathir tahun 1991 untuk negara Malaysia. Kini dalam tahun 2003 ini, selepas 80 tahun, wawasan Za’ba masih relevan dengan arus dan arah serta hala tuju kemajuan bangsa Melayu!
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.