UPSI Digital Repository (UDRep)

Keberkesanan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu UPSI

AVAILABLE Book Section 2747 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Keberkesanan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu UPSI
Type
Book Section
Main Author
Mahmood Abd. Hamid, Radzi Idris Mohd,
Subject
L Education (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim
Year of publication
2006

Abstract

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu mula ditawarkan kepada pelajar mulai Jun 1997 melalui dua Perintah, iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997. Seramai 37 tempat telah ditawarkan kepada pelajar lulusan Kursus Diploma Perguruan Khas (KDPK) yang terdiri daripada guru yang telah tamat mengikuti kursus dua semester di maktab-maktab perguruan. Kelayakan mereka diiktiraf setara dengan lulusan tahun satu di universiti tempatan. Oleh itu, mereka diterima masuk ke universiti sebagai pelajar tahun dua dan bergraduat pada 1999. Pada Mei 1998, program ini mengambil 69 pelajar lulusan KDPK melalui cara yang sama seperti yang telah dilakukan semasa pengambilan pertama dibuat. Mereka telah bergraduat pada 2000. Mulai ambilan Mei 1999 prosedur pengambilan pelajar ke program ini berubah. Komposisi pelajar yang diterima masuk lebih pelbagai dengan membuka peluang kepada lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), calon saluran kedua dan lulusan diploma daripada institusi pengajian yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan dan Senat UPSI, di samping lulusan KDPK. Mereka mula mengikuti program ini dari tahun satu. Kebanyakan mereka menamatkan program ini dalam masa tiga tahun, kecuali pelajar yang masuk dengan kelulusan KDPK. Jangka masa pengajian mereka agak singkat kerana mereka mendapat pengecualian kredit.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.