UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Sumbangan Geografi dalam pembangunan negara mernang tidak dapat dinafikan. Selain menitikberatkan tentang kefahaman empirikal mengenai perkembangan dunia (R.J. Johnson, 1993), geografi turut membicarakan ‘to discover what happens where and to explain why anything which happens just where it does and under what combination o f circumstances it does happen just, where it does’ (Freeman, 1980). Dalam bidang integrasi ilmu pula, peranan geografi sebagai disiplin yang mempunyai kaitan rapat dengan bidang lain juga tidak dipertikaikan. Ini termasuk dalam disiplin sains seperti geologi, meteorologL geofizik, oceonografi, sains kesihatan dan botani. Akin Mabogunje (1997) menyebut geografi sebagai bidang yang mempunyai perspektif yang amat luas mencakupi kajian mengenai alam semesta sebagai tempat penghuni manusia. Justeru sifatnya yang menekankan interaksi antara manusia dengan PenciptaNya, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam itu sendiri amat dititikberatkan. Akins membahagikan perspektif geografi kepada aspek fundamentalis, “environment” dan masyarakat, struktur spatial, proses kemasyarakatan, organisasi ruang dan proses globalisasi. Pandangan beliau adalah selari dengan pandangan Freeman yang mengakui bahawa status geografi boleh dilihat dalam dua perspektif, iaitu perspektif sains dan kemanusiaan. Pandangan Freeman ini dapat dijelaskan dalam suratnya kepada H.R.Miller, bertarikh 16 Mei 1915, sebagai berkata: “You and I have taken somewhat different paths in geography—you rather the scientific and I the literary”. Lebih tegas lagi, menurut Freeman, geografi menjawab persoalan mengenai kejadian sehari-han menurut perspektif kontemporari iaitu berlegar dalam perjuangan untuk membebaskan diri daripada pelbagai krisis “environment”, krisis “social” dan geopolitik dengan menggarisbawahkan konotasi ‘the here-and now’. Namun begitu, apabila geografi diletak sebagai mata pelajaran elektif dalam Pakej Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), jumlah pelajar yang mengambil geografi merudum. Pelajar menganggap geografi membosankan. Kajian rambang terhadap 72 guru geografi di beberapa sekolah di seluruh negara memberi gambaran bahawa pelbagai faktor menyumbang kepada tanggapan bahawa stigma ini boleh dipertahankan. Sebanyak 69.5 peratus dari pelajar terbabit menyatakan kaedah pengajaran guru berbentuk ‘chalk-and-talk’, 83% mengatakan kaedah perbahasan tidak dijalankan, 76 peratus mengatakan slaid projektor tidak digunakan; 76%mengatakan bengkel motivasi tidak pernah dijalankan; 62.6 peratus mengatakan kaedah permainan tidak dijalankan; 56.9 peratus mengatakan mereka tidak pernah menggunakan rujukan dalam bahasa Inggeris; manakala kaedah lawatan pula hanya membabitkan 37 peratus di kalangan guru. Kajian ini bertujuan mengupas pandangan 100 pelajar geografi tingkatan 4 di Daerah Gombak terhadap kecenderungan mereka terhadap geografi berasaskan parameter yang dinyatakan di atas. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |