UPSI Digital Repository (UDRep)

Impak kepekakan terhadap perkembangan murid bermasalah pendengaran : implikasi kepada keperluan sistem sokongan

AVAILABLE Thesis 1530 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Impak kepekakan terhadap perkembangan murid bermasalah pendengaran : implikasi kepada keperluan sistem sokongan
Type
Thesis
Main Author
Ardzulyna Anal
Subject
LC Special aspects of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2013
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meninjau impak kepekakan terhadap perkembangan murid bermasalah pendengaran serta meninjau aspek-aspek yang menjadi keperluan dalam sistem sokongan dalam kalangan murid ini. Selain itu, bentuk-bentuk bantuan dan sokongan yang diperoleh oleh murid-murid ini turut dibincangkan. Data kajian dikumpulkan melalui temu bual mendalam. Kaedah temu bual mendalam telah dijalankan ke atas enam orang peserta kajian yang terdiri daripada ibu bapa, dua orang guru bermasalah pendengaran dan dua orang audiologis yang terlibat dalam bidang bermasalah pendengaran berdasarkan kesanggupan mereka untuk ditemu bual dalam berkongsi pengalaman dan maklumat. Hasil temu bual telah dibuat transkrip secara verbatim. Kesimpulan dibuat berdasarkan analisis tema. Dapatan kajian menunjukkan keperluan seperti sokongan pendidikan, sumber maklumat, sumber kewangan, serta akses kepada khidmat sokongan adalah menjadi keperluan terpenting dalam kalangan murid bermasalah pendengaran. Kajian juga telah mengenal pasti kepekakan telah memberi impak kepada perkembangan murid-murid bermasalah pendengaran daripada aspek bahasa, komunikasi dan interaksi, tingkah laku serta pencapaian akademik mereka. Hasil kajian terpenting menunjukkan ibu bapa perlu mempunyai sikap yang proaktif dalam mencari sumber bantuan dan sokongan untuk anak mereka agar dapat menghasilkan anak yang maju dalam pencapaian akademik mahupun perkembangan yang lain. Hasil dapatan kajian yang diperoleh daripada ibu bapa, guru dan audiologis melalui kajian ini memberi implikasi kepada keperluan sistem sokongan dalam kalangan murid-murid bermasalah pendengaran daripada aspek ekuiti dalam pendidikan, akses kepada khidmat sokongan, rangkaian kolaborasi antara badan kerajaan dengan badan-badan bukan kerajaan serta agensi lain dan sokongan ibu bapa dan masyarakat.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.