UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :BF Psychology
Main Author :Nachiappan Suppiah, Rohani Seri Lanang Jaya,
Title :Peranan psikologi pendidikan dalam membangunkan pelajaran berbentuk CD menggunakan peribahasa pelajar sekolah rendah melalui analisis Hermeneutik pedagogi
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2009

Abstract :
Penulisan karangan adalah suatu komponen yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah. Pelajar menulis karangan berdasarkan pelbagai jenis format. Karangan pelajar menjurus kepada isi dan huraian. Dalam proses penulisan karangan pelajar kurang memberi perhatian terhadap penggunaan peribahasa pada keseluruhannya. Dalam kajian ini sebanyak 82 buah sampel karangan dipilih untuk dibuat analisis. Sampel kajian adalah daripada pelajar Tahun 5 dari tiga buah sekolah di pekan Chemor, Perak. Pendekatan Hermeneutik Pedagogi digunakan untuk menganalisis karangan pelajar untuk mengenal pasti kewujudan peribahasa dalam penulisan karangankarangan tersebut. Hasil analisis Hermeneutik Pedagogi memberikan interpretasi(metateks) yang dapat dibuat tafsiran kewujudan peribahasa dan pemprosesan informasi yang dialami oleh pelajar secara sedar dan bawah sedar semasa menulis karangan. Hasil kajian didapati bahawa pelajar Sekolah Kebangsaan lebih banyak menggunakan peribahasa semasa menulis karangan berbanding pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina/Tamil). Pemprosesan informasi yang dialami sejak di sekolah rendah lagi melalui pembelajaran formal dan tidak formal membantu pelajar menulis peribahasa dalam karangan-karangannya. Turut dimuatkan peranan psikologi pendidikan dalam membangunkan pelajaran berbentuk CD menggunakan peribahasa untuk membantu guru menjalankan pengajaran yang berkesan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.