UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
'Falsafah Nilai dan Akhlak dalam Strategi Ketenteraan Islam' merupakan satu perbincangan terhadap persoalan yang berkait rapat dengan isu-isu etika dan strategi di dalam mendaulatkan Islam sebagai satu cara hidup. Objektif kajian ini adalah membentuk kod etika yang kukuh dan mapan untuk setiap individu muslim yang terlibat di dalam perjuangan mendaulatkan islam dan sebagai respon kepada Barat. Selain daripada itu, kajian ini mengemukan satu kerangka strategi yang baru agar menerangkan secara terperinci dari aspek etika dan strategi berdasarkan prinsip Akidah (Kepercayaan Islam), Syariah (Undang-undang Islam) dan Akhlak (Etika Islam). Kajian ini menggunakan kaedah diskriptif yang meliputi persoalan-persoalan yang merentasi etika perjuangan zaman Rasulullah sehingga para sahabat baginda berserta nas-nas Al-Quran dan Hadis. Hasil kajian ini adalah pemahaman satu sistem nilai dan kod etika yang sebagaimana terkandung di dalam sumber-sumber wahyu yang berdasarkan tiga bahagian justifikasi moral utama iaitu motif, tindakan dan kesan. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |