UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :HQ The family. Marriage. Woman
Main Author :Mohd Zubir Siti Khariah,
Title :Ke arah meningkatkan kecemerlangan kepimpinan wanita profesional: satu penyelidikan
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2007
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian "Ke Arah Meningkatkan Kecemerlangan Kepimpinan Wanita Profesional" merupakan kajian terbadap lima persoalan penting. Pertama, pengertian wanita profesional sama ada tersurat atau tersirat dan profil peribadinya. Kedua, persoalan peranan wanita profesional dalam politik. Ketiga, persoalan peranan wanita dalam bidang ekonomi. Keempat, peranan wanita dalam sosiobudaya. Kelima, persoalan usaba untuk meningkatkan kecemerlangan kepimpinan wanita profesional. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan tiga teori, iaitu sosiologi, psikologi dan teori Islam kebebasan wanita. Objektif kajian ini dibahagikan kepada lima, iaitu mengenal pasti ciri-ciri wanita profesional, melihat jenis-jenis profesion mengikut kelulusan, menganalisis profail wanita profesional, mengenal pasti peranan wanita profesional dalam bidang politik, ekonomi dan sosiobudaya dan usaha-usaha meningkatkan kecemerlangan kepimpinan dalam mengembeling arus pembangunan dan yang akhir menerapkan nilai-nilai keislaman dalam menganalisis peranan wanita profesional. Perbineangan kajian ini pada peringkat awalnya didasarkan kepada penyelidikan yang telah dibuat di dalam negara dan di luar negara. Di samping itu kajia ini memfokuskan wanita profesional dan ciri-cirinya, Selain itu, dipaparkan juga peranan wanita profesional dalam bidang politik seperti menjadi ahli parti, membentangkan isu-isu politik untuk tindakan kerajaan dan peka dengan hak-hak wanita. Dari segi peranan wanita dalam ekonomi pula, pengkaji menitikberatkan tentang wanita sebagai sumber tenaga pakar, wanita sebagai modal insan minda kelas pertama untuk membangunkan ekonomi negara serta wanita dan teknologi maklumat menjana ekonomi negara. Kajian ini juga memaparkan peranan wanita dalam sosiobudaya yang dapat memperlihatkan keterlibatan wanita profesional sebagai pemimpin NGO, proses sosiolisasi wanita sebagai ibu dan juga wanita sebagai pengurus kepada keluarga dan suami. Perkara yang terakhir yang tidak kurang pentingnya ialah memperlihatkan faktor-faktor yang membawa kepada ke arah meningkatkan kecemerlangan kepimpinan wanita profesional. Kajian ini juga menerapkan nilai-nilai Islam dalam menganalisis semua perkara yang dipaparkan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.