UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :H Social Sciences (General)
ISSN :1985 - 496X
Main Author :Othman Muhammad Atiullah, Ismail lndriaty,
Title :Kajian justifikasi dan pengkategorian tanggungjawab terhadap kehendak manusia menurut perspektif Islam dan barat (IR)
Year of Publication :2014

Abstract :
Kajian ini memfokuskan kepada kaitan kehendak dengan tanggungjawab. Isu ini sangat berkait rapat dengan kebebasan kehendak dengan pilihan kemahuan manusia yang hangat dibincangkan oleh ahli akademik dan ahli falsafah barat, iaitu sama ada menerima teori determinism atau indeterminism kerana kehendak manusia pasti mempunyai makna yang perlu ada pertanggungjawaban. Perbahasan ini sebenarnya adalah pandangan klasik pemikiran Islam yang diadaptasi daripada diskusi Muktazilah dan al-Ashairah. Tujuan kajian ini ialah memahami konsep kehendak dari perspektif Islam dan Barat serta mengenal pasti sejauh mana kaitan kehendak dengan tanggungjawab manusia. Metodologi yang digunakan adalah kajian perpustakaan dengan merujuk bahan-bahan bacaan terdahulu dan terkini. Kaedah yang digunakan adalah kaedah induktifbagi memahami konsep-konsep kehendak serta kaedah deduktif dengan menyifatkan makna-makna kehendak kepada kategori pertanggungjawaban atau sebaliknya. Hasil kajian ini mengenengahkan beberapa konsep yang berkaitan dengan kehendak. Sesetengah konsep kehendak perlu pertanggungjawaban iaitu peringkat pilihan yang tetap, peringkat keinginan (desire) yang sudah mempunyai kehendak yang tetap dan mempunyai niat, peringkat kehendak yang teguh (al- 'iradah al-jazimah), peringkat kehendak berserta akal (al-caql) dan keazaman (al-cazm). Selain itu, sesetengah konsep kehendak tidak perlu pertanggungjawaban seperti hanya mempunyai kemungkinan membuat pilihan, permulaan keinginan, tiada niat, kecenderungan dan inspirasi (al-hamm).
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.