UPSI Digital Repository (UDRep)

Hubungan dan impak mekanisma tadbir urus korporat terhadap prestasi syarikat

AVAILABLE Thesis 1772 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Hubungan dan impak mekanisma tadbir urus korporat terhadap prestasi syarikat
Type
Thesis
Main Author
Noorul Farha Mohd Jumali
Subject
HD Industries. Land use. Labor
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan dan impak di antara mekanisme tadbir urus korporat dalaman dan luaran terhadap prestasi syarikat bagi syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dalam sektor Perdagangan dan Perkhidmatan dari tahun 2007 sehingga tahun 2013. Data di analisis dengan menggunakan Statistik Deskriptif, Korelasi Pearson, dan Regresi Linear Berganda. Statistik Deskriptif menjelaskan nilai purata, Korelasi Pearson menerangkan hubungan dan Regresi Linear Berganda pula menerangkan impak di antara mekanisma tadbir urus korporat dalaman dan luaran terhadap prestasi syarikat. Prestasi syarikat di ukur dengan menggunakan Pulangan Atas Aset (ROA) dan Tobin’s Q. Dapatan kajian menunjukkan saiz lembaga pengarah, kepakaran jawatankuasa audit, saiz jawatankuasa audit dan kualiti audit mempunyai hubungan yang signifikan dan positif dengan ROA dan Tobin’s Q. Bagi mesyuarat jawatankuasa audit pula, ia mempunyai hubungan yang signifikan dan positif terhadap Tobin’s Q dan tidak signifikan terhadap ROA. Seterusnya, CEO dualiti dan lembaga pengarah bebas tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan ROA dan Tobin’s Q. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan mekanisma tadbir urus korporat dalaman dan luaran mampu memberi kesan kepada prestasi syarikat. Tadbir urus korporat yang baik adalah penting untuk meningkatkan prestasi syarikat. Implikasi kajian ini adalah ia dapat memberi kesan kepada pelbagai pihak dan di antaranya adalah pelabur, institusi kewangan, ahli akademik, syarikat korporat, dan kerajaan di dalam membuat pertimbangan, keputusan atau penambahbaikan terhadap tadbir urus korporat dan prestasi syarikat.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.