UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Sahsiah yang baik ialah aset yang sangat penting pada diri seseorang pelajar. Kejayaan seseorang pelajar itu tidak hanya diukur berdasarkan ketinggian ilmu pengetahuannya, namun is juga diukur dari sudut ketinggian sahsiahnya. Selain peranan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) itu sendiri, Pusat Islam di sesebuah IPT itu juga sebenarnya sangat berperanan dalam membentuk sahsiah pelajar, kerana banyak program yang dijalankannya menjurus ke arah itu. Kajian ini melihat sejauhmanakah peranan yang dimainkan oleh Pusat Islam di dua buah IPTA iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi merialisasikannya. Kajian ini bersifat kualitatif dan kuantitatif iaitu menggunakan metode exploratory melibatkan kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian ini menggunakan soal selidik dan juga analisis komparatif untuk membuat perbandingan. Objektif utama kajian ini ialah untuk melihat keberkesanan perjalanan bentuk program keagamaan dan kemasyarakatan yang dijalankan oleh pusat pusat Islam di UPSI dan UKM. Persampelan kajian melibatkan 100 orang responden iaitu 50 orang mahasiswa UPSI dan 50 orang mahasiswa UKM. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS) versi 17.0 menggunakan Skala Likert untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian secara keseluruhannya menunjukkan sedikit perbezaan keberkesanan antara pendekatan yang digunakan oleh Pusat Islam UPSI berbanding dengan Pusat Islam UKM |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |