UPSI Digital Repository (UDRep)

Pelaksanaan aktiviti keagamaan dan hubungannya dengan penghayatan kerohanian anggota tentera Malaysia

AVAILABLE Article 1799 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Pelaksanaan aktiviti keagamaan dan hubungannya dengan penghayatan kerohanian anggota tentera Malaysia
Type
Article
Main Author
Bujai Mohd Rashidi, Hashim Azmil,
Subject
BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
ISSN
2289-960X
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2015

Abstract

Kertas kerja ini adalah untuk meninjau peranan dan sumbangan aktiviti keagamaan yang dilaksanakan di Insitut Latihan dan Kefahaman Islam ATM (ILMI) dalam menjana kekuatan tempur anggota tentera (Spiritual Combat Power). Aktiviti keagamaan merupakan salah satu elemen pendidikan yang digunakan di ILMI yang diadaptasi daripada Tarbiyyah Askariyyah Khalid Shantut (2003). Kajian ini berbentuk tinjauan untuk mencari maklumat tentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) pendidikan Islam ILMI dalam membentuk keperibadian dan rohani anggota sepanjang kursus dilaksanakan. Maklumat diperoleh adalah melalui soalan soal selidik yang diedarkan kepada pelatih-pelatih yang telah menghadiri kursus di ILMI. Pelatih—pelatih dikehendaki memberi respon terhadap 127 item yang berkaitan penilaian input, proses dan produk yang diadaptasi daripada model CIPP. Respon skala likert lima mata digunakan dalam soal selidik. Statistik deskriptif menggunakan min dan sisihan piawai bertujuan untuk melaporkan dapatan kajian tentang aktiviti keagamaan dan penghayatan kerohanian. Manakala korelasi Pearson digunakan untuk hubungan antara aktiviti keagamaan dan penghayatan kerohanian. Manakala analisis korelasi yang dijalankan menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan antara aktiviti keagamaan dan penghayatan kerohanian

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.