UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan sebuah blog fizik berasaskan Huraian Sukatan KBSM untuk guru fizik. Blog ini dibangunkan sebagai suatu medium alternatif untuk memudahkan interaksi dan perkongsian maklumat dalam kalangan guru fizik secara maya. Blog direka bentuk berdasarkan teori konstruktivisme dan teori kolaboratif. Blog dibangunkan berasaskan Model ADDIE dengan menggunakan perisian multimedia. Penilaian blog dijalankan ke atas 146 guru fizik di negeri Kedah. Instrumen yang digunakan ialah set soal selidik yang mengandungi 41 item. Nilai bagi Indeks Kebolehpercayaan yang diperolehi adalah 0.973. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan guru-guru memberi pandangan positif dengan tahap interpretasi tinggi bagi aspek kandungan blog (Min=3.39, S.P=0.380) dan aspek bentuk laman blog (Min=3.25, S.P=0.465). Implikasinya, blog yang dibangunkan ini sesuai dijadikan sebagai medium alternatif untuk memudahkan interaksi maya dan perkongsian maklumat dalam kalangan guru fizik. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |