UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Main Author :Ismail Abdul Munir, Daud Mohd Noor,
Title :Penerapan mesej dakwah oleh ibu bapa dalam kalangan murid suku kaum Banjar di daerah Krian, Perak
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2013

Full Text :
Dalam aspek mendidik anak-anak, orang Banjar dilihat sebagai satu suku yang berpegang kuat kepada ajaran Islam. Hasilnya mereka dapat melahirkan ramai tokoh ulama terkemuka. Timbul persoalan, adakah masa kini orang Banjar masih lagi relevan sebagai contoh teladan mendidik anak mereka patuh kepada ajaran Islam, mampu mencegah kemungkaran secara berkesan. Objektif kajian adalah untuk menyelidiki pengamalan nilai-nilai Islam dalam kalangan ibu bapa Banjar menjalani kehidupan seharian. Mengenal pasti pendekatan ibu bapa sebagai contoh teladan bagi membentuk anak soleh dan patuh kepada ajaran Islam. Mengenal pasti metod ibu bapa menerapkan mesej dakwah kepada anak-anak. Menyelidiki interaksi ibu bapa dan anak bagi mewujudkan rumahtangga yang harmoni dan mesra dakwah. Kajian ini menggunakan metod soal selidik kepada pelajar berjumlah 160 orang. Antara hasil kajian didapati ibu bapa Banjar mendidik anak dengan akidah yang mantap supaya taat kepada Allah, mendidik akhlak baik dan ilmu-ilmu syariat. Ibu bapa Banjar menerangkan mesej dakwah dengan jelas dan terang, secara berperingkat supaya mudah difahami, kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak-anak mereka. Majoriti ibu bapa Banjar makan bersama anak-anak, mengalakkan anak-anak menyuarakan pandangan bagi menyelesaikan sesuatu masalah serta ibu bapa Banjar menghubungi anak-anak bagi bertanya khabar.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.