UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Ezanee Mohamad
Title :Hubungan antara lokus kawalan dan kebimbangan seketika dalam kalangan atlet ragbi
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2016
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Penyelidikan ini bertujuan mengenal pasti tahap lokus kawalan, kebimbangan seketika dan keyakinan diri atlet ragbi di Kejohanan Ragbi MSSPk Negeri Perak. Kajian ini juga mengkaji hubungan antara lokus kawalan, kebimbangan seketika dan keyakinan diri dalam kalangan atlet yang berjaya dan tidak berjaya serta mengenal pasti apakah ciri demografi yang mempengaruhi pencapaian pasukan yang berjaya dan tidak berjaya. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik. Soal selidik yang digunakan untuk kajian ini ialah Internal-External Locus of Control Scale, dan Revised Competitive State Anxiety Inventory – 2R (CSAI-2R). Responden terdiri dari 150 orang atlet sukan ragbi yang telah layak memasuki peringkat pusingan kedua dalam kejohanan berkenaan. Analisis deskriptif min, ujian-t tidak bersandar, korelasi pearson dan regresi digunakan untuk mencapai objektif kajian. Hasil analisis menunjukkan bahawa pasukan yang berjaya dan tidak berjaya mempunyai kebimbangan kognitif dan somatik yang rendah. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan antara kebimbangan kognitif, somatik dan keyakinan diri bagi pasukan berjaya dan tidak berjaya. Selain itu, terdapat hubungan di antara kebimbangan somatik dengan keyakinan diri pasukan yang berjaya dan tidak berjaya. Ini bermakna semakin meningkat kebimbangan somatik, maka semakin rendah tahap keyakinan diri dalam kalangan atlet. Dapatan kajian juga menunjukkan umur dan pengalaman bermain mempengaruhi pencapaian atlet dalam Kejohanan MSSPk negeri Perak. Atlet yang berpengalaman dan berkeyakinan tinggi dapat meyumbang kepada pencapaian pasukan, sementara atlet yang mempunyai kebimbangan kognitif dan lokus kawalan luaran yang tinggi akan memberi kesan negatif kepada pencapaian. Kajian ini boleh dijadikan panduan untuk mengenal pasti aspek kognitif sebagai satu aspek yang mempengaruhi persembahan atlet. Jurulatih perlu merangka modul latihan psikologi yang bersesuaian bagi memastikan atlet dapat menyediakan diri mengatasi kebimbangan semasa situasi pertandingan dan mempunyai lokus kawalan yang bersesuaian.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.