UPSI Digital Repository (UDRep)

Motif penglibatan dan corak orientasi matlamat atlet bola baling MSSK Daerah Padang Terap Pendang Kedah Darul Aman

AVAILABLE Thesis 2898 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Motif penglibatan dan corak orientasi matlamat atlet bola baling MSSK Daerah Padang Terap Pendang Kedah Darul Aman
Type
Thesis
Main Author
Abd Rahman Zakaria
Subject
GV Recreation Leisure
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2005
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan meneroka motif penglibatan dan corak orientasi matlamat atlet bola baling MSSK Daerah Padang Terap Pendang. Seramai 250 responden dipilih secara rawak mewakili empat kategori atlet melengkapkan "Participation Motivation Questionnaire" (PMQ) dan "Task and Ego Orientation in Sports Questionnaire" (TEOSQ). Data dianalisis menggunakan statistik diskriptif, perbandingan min dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan "perkembangan kemahiran" adalah motif utama atlet bola baling MSSK Daerah Padang Terap Pendang. Dapatan kajian juga mendapati atlet lebih berorientasikan tugasan berbanding orientasi ego. Analisis Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara orientasi tugasan dengan orientasi ego tetapi tidak signifikan antara atlet lelaki dan perempuan. ANOVA sehala membuktikan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi keempat-ernpat kategori atlet. Analisis korelasi Pearson secara keseluruhan, menunjukkan hubungan yang sederhana dan positif antara motif "perkembangan kemahiran" dengan orientasi tugasan serta "pencapaian status" dengan orientasi ego. Bagi pembolehubah jantina dan ketegori, hubungannya adalah bercampur-campur. Kepelbagaian motif penglibatan dan corak orientasi matlamat atlet bola baling MSSK Daerah Padang Terap Pendang memberi maklumat berguna bagi memahami aspirasi atlet muda demi kecemerlangan sukan negara. v

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.