UPSI Digital Repository (UDRep)

Pengurusan koir dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah: satu kajian kes

AVAILABLE Thesis 4296 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pengurusan koir dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah: satu kajian kes
Type
Thesis
Main Author
Rajamoney, Laura Annie Lalita
Subject
MT Musical instruction and study
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2005
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Sebagaimana Pendidikan Muzik memainkan peranan penting di sekolah-sekolah di negara kita, pengajaran dan pembeJajaran koir juga perlu dititik beratkan. Kajian ini yang merupakan satu kajian kes telah berupaya mencari strategi yang digunakan dalam 2 buah sekolah menengah dalam pengajaran dan pembelajaran koir, masalah-masalah yang dihadapi serta kriteria yang digunakan untuk menilai sesebuah koir yang berkualiti. Kaedah pemerhatian, temubual serta senarai semak telah digunakan untuk melihat strategi yang digunakan oleh tiga orang guru muzik sekolah menengah dan seorang guru koir swasta. Kedua-dua guru sekolah menengah ini telah diperhatikan dari hari pertama latihan koir sehingga ke hari pertandingan koir daerah masingmasing. Keputusan juga telah diperoleh dari kedua-dua dapatan serta pertandingan. Secara keseluruhan, strategi yang digunakan oleh Sekolah A terbukti lebih berkesan dari Sekolah B dari segi pemanasan suara dan kekerapan berlatih. Walaupun terdapat masalah-masalah yang dihadapi oleh keempat-empat orang guru muzik, namun ia bolehlah diselesaikan dengan bantuan pihak-pihak tertentu seperti sokongan dari ibu bapa dan sekolah. Kriteria yang ketara sekali yang digunakan untuk menilai sesebuah koir dirujuk kepada kualiti vokal sesebuah koir itu sendiri. Kajian ini telah menunjukkan dengan jelasnya bahawa adalah penting untuk para guru menggunakan strategi yang berkesan apabila melatih sesebuah koir untuk menghasilkan sebuah koir yang berkualiti.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.