UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Mustafa Kamal Saleh
Title :Kesan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian pelajar dalam tajuk menterjemah litar skematik, mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Teknikal dan Vokasional
Year of Publication :2016
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan kesan kaedah pembelajaran koperatif model STAD terhadap pencapaian pelajar dalam tajuk menterjemah litar skematik dalam mata pelajaran KHB. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti motivasi pelajar terhadap pembelajaran koperatif. Reka bentuk kuasi-eksperimental digunakan untuk membandingkan pencapaian antara kumpulan eksperimen yang menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dengan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah pembelajaran tradisional. Kajian ini berlangsung selama lapan minggu terhadap pelajar tingkatan dua di dua buah sekolah iaitu sebuah di Negeri Sembilan dan sebuah lagi di negeri Melaka yang melibatkan seramai 128 orang pelajar sebagai responden. Data diperoleh melalui instrumen ujian pra-pasca, soal selidik dan protokol temu bual. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif dibuat menggunakan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Statistik inferensi seperti ujian-t, ANOVA dan korelasi digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan utama kajian mendapati pembelajaran koperatif menunjukkan kesan yang signifikan berdasarkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran KHB. Keputusan ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan antara pencapaian kumpulan eksperimen dengan pencapaian kumpulan kawalan dalam ujian pasca (p=0.00). Min motivasi pelajar lelaki (min=4.56) lebih tinggi berbanding dengan pelajar perempuan (4.41), manakala min motivasi pelajar yang tinggal di bandar (4.54) lebih tinggi berbanding yang tinggal di luar bandar (min=4.36). Berdasarkan ujian ANOVA didapati min pelajar opsyen ERT (4.54) lebih tinggi berbanding pelajar opsyen KT (min=4.52) dan pelajar opsyen PK (min=4.27). Sementara itu, keputusan ujian korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi pelajar dengan pencapaian pelajar kumpulan eksperimen dengan kekuatan hubungan yang sangat kuat (r=0.83). Data kualitatif pula menunjukkan beberapa masalah dihadapi oleh guru dan pelajar dalam melaksanakan pembelajaran koperatif iaitu kurang kerjasama dalam kumpulan, masalah penyampaian guru, kekangan masa dan kekurangan prasarana di bengkel KHB. Secara keseluruhannya, kaedah pembelajaran koperatif adalah berkesan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar dan sesuai diimplementasikan sebagai salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran KHB di sekolah menengah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.