UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk melihat hubungan antara gaya pembelajaran dan sikap terhadap pembelajaran berbantu komputer dengan pencapaian Matematik murid sekolah rendah. Rekabentuk kajian ialah tinjauan yang mengguna soal selidik untuk mengumpul data. Proses pengumpulan data menggunakan soal selidik Inventori Gaya Pembelajaran Kolb atau Kolb Learning Style Inventory (KLSI) yang diubahsuai dalam kajian Wan Azri dan sikap terhadap pembelajaran berbantu komputer dalam kajian Norliza. Soal selidik KLSI digunakan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran dan soal selidik sikap terhadap pembelajaran berbantu komputer digunakan untuk mengukur sikap terhadap Matematik berbantu komputer. Sampel kajian terdiri daripada 300 orang murid tahun 5, daripada tiga buah sekolah di daerah Klang, Selangor. Terdapat dua jenis analisis yang digunakan bagi menjawab persoalan kajian iaitu analisis statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan majoriti murid iaitu seramai 158 orang (52.65%) mengamalkan gaya pembelajaran Konverger, diikuti Asimilator seramai 61 orang (20.35%), Akomodator seramai 48 orang (16%) dan akhir sekali Diverger seramai 33 orang (11%). Manakala dapatan kajian juga menunjukkan purata jumlah skor sikap terhadap Matematik berbantu komputer, min=4.22, sp=0.59. Ini bermakna min skor sikap terhadap Matematik berbantu komputer secara keseluruhan ialah pada tahap tinggi. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam gaya pembelajaran di antara murid lelaki dan perempuan. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat pengaruh signifikan sikap terhadap Matematik berbantu komputer dengan pencapaian Matematik. Implikasi kajian menunjukkan gaya pembelajaran dan sikap murid terhadap pembelajaran berbantukan komputer mempengaruhi pencapaian Matematik mereka. Pemilihan mereka untuk menyukai pembelajaran Matematik berbantu komputer sebenarnya juga adalah gaya pembelajaran. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |