UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Sharliza Mohd Salleh
Title :Kesan modul kemahiran berfikir aras tinggi terhadap pencapaian Sains murid tahun satu
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2017
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan kajian ini adalah untuk membina modul kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) bagi mata pelajaran Sains Tahun Satu dan melihat keberkesanan penggunaan modul KBAT terhadap pencapaian murid dalam mata pelajaran sains. Keberkesanan modul diukur dengan melihat perbezaan skor pencapaian melalui ujian-pra dan ujianpos. Modul dibina bagi lima tajuk mata pelajaran sains yang dipilih dan berasaskan kepada model ADDIE. Soalan kemahiran berfikir aras tinggi yang diterapkan dalam modul adalah berdasarkan Taksonomi Bloom. Reka bentuk kajian ini ialah jenis kuasi-eksperimental. Instrumen yang digunakan ialah dua set soalan subjektif ujian-pra dan ujian-pos yang setara. Sampel kajian adalah 32 orang murid tahun satu yang dibahagikan kepada dua kumpulan sama banyak dan dipilih secara persampelan bertujuan. Seorang guru mengajar kumpulan kawalan menggunakan modul Kurikulum Sains Sekolah Rendah (KSSR) manakala seorang guru lagi mengajar kumpulan eksperimen menggunakan modul KBAT. Pengajaran dan pembelajaran bagi kedua-dua kumpulan telah berlangsung selama sepuluh minggu. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif menggunakan peratus dan min. Hasil kajian menunjukkan bahawa peratus skor ujian-pos bagi murid-murid kumpulan eksperimen meningkat kepada 73.8% (min 0.78) daripada skor ujian pra 39.8% manakala bagi murid-murid dari kumpulan kawalan peratus skor ujian-pos meningkat kepada 43.0% (min 0.48) daripada skor ujian-pra iaitu 31.8%. Terdapat perbezaan yang besar dalam skor ujian antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan bahawa penggunaan modul KBAT dapat meningkatkan pencapaian Sains. Implikasi kajian ialah penggunaan modul KBAT ini dalam pengajaran dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains. Oleh itu, guru digalakkan menggunakan modul ini dalam pengajaran.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.