UPSI Digital Repository (UDRep)

Intervensi awal bahasa isyarat terhadap penguasaan kod tangan bahasa Melayu (KTBM) dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pendengaran

AVAILABLE Thesis 4091 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Intervensi awal bahasa isyarat terhadap penguasaan kod tangan bahasa Melayu (KTBM) dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pendengaran
Type
Thesis
Main Author
Low, Lee Kean
Subject
HV Social pathology. Social and public welfare
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Objektif kajian ini ialah untuk meneliti penguasaan Kod Tangan Bahasa Melayu dan Bahasa Isyarat Malaysia dan faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan Bahasa Melayu kanak-kanak bermasalah pendengaran di peringkat intervensi awal. Reka bentuk penyelidikan kualitatif dipilih untuk menjawab dua persoalan kajian. Dua set instrumen telah digunakan untuk memperolehi maldumat penguasaan Bahasa Melayu dan faktor yang mempengaruhinya. Seramai lima orang kanak-kanak bermasalah pendengaran, empat orang guru dan tiga orang ibu bapa dipilih menjadi responden melalui teknik persampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan murid-murid bermasalah pendengaran yang menguasai bahasa isyarat Kod Tangan Bahasa Melayu mempunyai penguasaan Bahasa Melayu yang lebih baik berbanding murid-murid bermasalah pendengaran yang menguasai Bahasa Isyarat Malaysia. Kajian juga mendapati faktor ibu bapa, diri murid, guru dan persekitaran mempengaruhi penguasaan Kod Tangan Bahasa Melayu. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa intervensi awal bahasa isyarat Kod Tangan Bahasa Melayu dan faktor ibu bapa, diri murid, guru dan persekitaran membantu penguasaan bahasa kanak-kanak bermasalah pendengaran. Kajian yang lebih komprehensif perlu dilaksanakan di peringkat yang lebih tinggi untuk melihat kesan program intervensi awal terhadap penguasaan Bahasa Melayu kanak-kanak bermasalah pendengaran.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.