UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LC Special aspects of education
Main Author :Mohd Razimi Husin
Title :Gaya pembelajaran murid bermasalah pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan j-QAF
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2016
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk meneroka kecenderungan gaya pembelajaran murid bermasalah pembelajaran Berkemampuan Tahap Tinggi (MBPBTT) dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan j-QAF. Kajian ini ialah satu kajian kes iaitu data kajian diperoleh melalui pemerhatian, temu bual dan hasil kerja murid. Kajian dijalankan terhadap enam orang murid, empat orang guru dan enam orang ibu bapa. Murid kategori bermasalah pembelajaran dipilih menggunakan kaedah sampel secara bertujuan di sekolah rendah Program Integrasi Pendidikan Khas (SEIP) di negeri Perak yang berumur antara 10 hingga 13 tahun. Konstruk dan kesahan dalaman telah disahkan oleh pakar, manakala kesahan luar diperoleh dengan membandingkan dapatan kajian lain yang berasaskan teori berkaitan. Data dianalisis dengan teknik perbandingan berterusan ciri gaya pembelajaran MBPBTT. Perbandingan dilakukan ini bagi mengenal pasti tema ciri gaya pembelajaran yang dimiliki oleh mereka dan mengenal pasti sejauh mana penekanannya diberikan di sekolah. Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn dijadikan panduan dalam pemerhatian kerana model ini paling sesuai diaplikasikan kepada murid bermasalah pembelajaran. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat pola yang sama dengan Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn walaupun penekanan terhadap gaya pembelajaran ini kurang diberi perhatian di sekolah. Namun, terdapat lapan gaya pembelajaran Stimulus Baharu MBPBTT yang tidak dijelaskan dalam Model Dunn dan Dunn. Dapatan kajian ini telah menghasilkan Model Gaya Pembelajaran MBPBTT yang boleh dijadikan panduan oleh warga pendidik untuk mengenal pasti dan memahami gaya pembelajaran murid bermasalah pembelajaran.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.