UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :GV Recreation Leisure
ISSN :2232-1918
Main Author :Yusoff Nur Hafizah,
Title :Motivasi dan penglibatan wanita sebagai penyokong bola sepak di Malaysia
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2017

Full Text :
Journal of Sports Science and Physical Education 6(1): 36-44, 2017 - Bola sepak mempunyai jumlah penonton dan penyokong yang banyak di serata dunia. Majoriti penyokong adalah lelaki berbanding wanita. Namun demikian, dewasa kini jumlah penyokong wanita yang menyaksikan perlawanan di stadium kian meningkat. Walaupun Malaysia tidak memiliki skuad bolas sepak kebangsaan yang kuat dan tidak berada di kedudukan terbaik dunia, namun sukan bola sepak masih menjadi sukan kegemaran rakyat negara ini. Penyokong wanita turut menunjukkan minat menyaksikan perlawanan secara langsung di stadium, membeli tiket dan meluangkan masa untuk ke stadium. Pihak pengurusan bola sepak negeri turut menyedari akan peningkatan jumlah penyokong wanita dan menyediakan kaunter tiket khas untuk penyokong wanita di stadium. Objektif artikel ini adalah untuk mengenalpasti apakah motivasi yang mendorong penyokong wanita menyaksikan perlawanan secara langsung di stadium dan bagaimanakah penglibatan mereka sebagai penyokong kepada pasukan masing-masing. Seramai 112 orang penyokong wanita dipilih sebagai responden kajian dan antara hasil analisis adalah, 80.4% responden menyatakan bahawa mereka mula menyokong pasukan sejak sepuluh tahun yang lalu, 19.6% responden yang lain pula menyatakan bahawa mereka telah meminati dan menyokong pasukan lebih daripada sepuluh tahun. Motivasi utama mereka untuk ke stadium adalah menyokong pasukan (96.5%), bertemu rakan-rakan (40.2%), menghilangkan tekanan kerja (24.1%) dan melihat serta menyokong pemain kegemaran (25%). Selain itu, sebanyak 64.3% menyaksikan perlawanan di gelanggang sendiri dan 32.1% menyaksikan perlawanan bola sepak di gelanggang sendiri dan gelanggang lawan.

References
1. Coakley. J. (2009). Sports in society: issues and controversies. New York: McGraw-Hill. 2. Dunning, E. (2000). Towards a Sociological Understanding of Football Hooliganism as a World Phenomenon. European Journal on Criminal Policy and Research, (2), 141–62. 3. Frosdick, S., & Marsh, P. (2005). Football hooliganism. London: Willan Publishing. 4. Guilanotti, R. (1999). Football: A Sociology of the Global Game. Cambridge: Polity Press. 5. Houlihan, B. (2008). Sport and society: a student introduction. London: SAGE Publications Ltd. 6. Huang, M. J. (2011). Determinant factors and satisfaction of spectators at the selecting national table tennis team competition in Taiwan. The 12th ITTF Sports Science Congress May 5-7, 2011. Rotterdam: The Netherlands. 7. Kleomanis, L. (2005). Changes in socio-economic and demographic composition of Greek football spectators. European Journal for Sport and Society, Vol 2 (2), 109-120. 8. Marimaa, K. (2011). The many faces of fanaticism. ENDC Proceedings,Volume 14. 29-55. 9. Molnar, S., & Popovic, S. (2009). Attitudes of football fans toward some of the more controversial issue surroundings the games nowdays. Sports SPA, Vol 6 (2), 25-32. 10. Redhead, S. (2010). Lock, stock and two smoking hooligan: low sport journalism and hooligan gang memoirs. Soccer and Society, 11, 2. 11. Robinson, M. J., & Trail, G. T. (2005). Relationship among spectator gender, motives, points of attachment and sport preference. Journal of Sport Management, 19, 58-80. 12. Russell, G. (2004). “Sport Riots: A Social-Psychological Review.” Aggression and Violent Behavior, 9, 353–378. 13. Spaaij, R. (2006). Aspects of Hooligan Violence: A Reappraisal of Sociological Research into Football Hooliganism, ASSR Working Paper Series, No. 06/02. 14. Sugden, J. (2007). Inside The Grafter’s Game: An Ethnographic Examination of Football’s Underground Economy. Journal of Sport and Social Issues, 31 (3). 15. Wann, D., Melnick, M., Russel, G., & Page, D. (2001). Sports Fans: The Psychology and Social Impact of Spectators. New York: Routeledge. 16. Yusoff, N. H. (2016). Type of deviant behavior among football fans in Malaysia. Mediterenean Journal of Social Science. Vol 7 (1). 59-62.

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.