UPSI Digital Repository (UDRep)

Kritikan terhadap politik dalam kepimpinan melalui karya seni

AVAILABLE Thesis 919 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kritikan terhadap politik dalam kepimpinan melalui karya seni
Type
Thesis
Main Author
Noor Enfendi Desa
Subject
HD Industries. Land use. Labor
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2018
Notes
Masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini dimulakan dengan kecenderungan terhadap pemerhatian suasana politik yang saban hari menampakkan semakin meruncing ekoran daripada perbalahan dan perselisihan pendapat dalam kepimpinan sesebuah organisasi. Hari ini, politik merupakan satu kesatuan yang terjalin daripada idea, falsafah, doktrin, konsep dan teori berhubung kewujudan institusi negara. Penyelidik mengenengahkan isu politik dalam kepimpinan yang seringkali menjadi perbualan hangat dikalangan masyarakat. Tujuan penyelidikan ini ialah menganalisa isu subjek dan skop dalam kepimpinan. Selepas proses menganalisa dilaksanakan, tujuan kedua ialah menghasilkan karya berdasarkan keputusan objektif satu dengan pendekatan metafora. Penyelidik ingin menyampaikan sindiran dalam bentuk visual berunsurkan kritikan yang bersifat metafora, dengan menggunakan imej atau simbolik sebagai pengganti kiasan yang disampaikan secara lisan atau bertulis. Reka bentuk kajian, menggunakan kaedah yang diperkenalkan oleh J.J. Winklemann dan mempunyai dua fasa: (i) fasa pengumpulan data yang terdiri daripada pensampelan dan peralatan berdasarkan kaedah pemerhatian imejan yang ideal (ii) fasa kedua adalah berdasarkan pengeluaran karya yang berasaskan kajian studio. Hasil daripada penyelidikan ini, terdapat enam (6) buah karya yang menjurus kepada isu politik dalam kepimpinan berdasarkan pendekatan metafora. Kesimpulannya penyelidik berpendapat pendekatan metafora adalah paling tepat dalam proses memvisualkan isu yang sensitif. Implikasi dari penyelidikan ini secara langsung memberi panduan kepada pengamal seni visual untuk menggunakan pendekatan metafora dalam penghasilan karya bagi mengelakkan rasa kurang senang dikalangan audien dalam mengenengahkan isu-isu sensitif.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.