UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :DS Asia
Main Author :Siti Aminah Abdul Ghani
Title :Peranan dan sumbangan Home Guard di Temerloh, 1948-1956
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2018
Notes :Masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan menilai peranan pasukan Home Guard di Temerloh pada masa darurat dari tahun 1948 sehingga 1956. Ancaman keselamatan terhadap penduduk di Temerloh pada zaman darurat mendorong kerajaan kolonial British menubuhkan Home Guard. Pasukan ini berperanan aktif sebagai pengawal kampung dalam memberi sumbangan bagi membanteras ancaman Rejimen ke-10 PKM di Temerloh sehingga merdeka. Kaedah penyelidikan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif dengan membuat rujukan daripada dokumen-dokumen yang terdapat di Arkib Negara Malaysia seperti Colonial Office Record, Annual Report, District Office Report, fail Setiausaha Kerajaan Negeri, dan minit mesyuarat. Kajian juga dijalankan di perpustakaan universiti awam di Malaysia seperti di Perpustakaan Tuanku Bainun,UPSI dan Perpustakaan Universiti Malaya. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa Home Guard tidak terbatas kepada Melayu sahaja, tetapi meliputi kaum lain iaitu Cina dan India. Hasil kajian juga menunjukkan pasukan Home Guard mampu melindungi kawasan penempatan mereka sendiri, mengambil tindakan segera sekiranya diancam oleh komunis dan seterusnya membantu pasukan keselamatan yang lain seperti tentera dan polis. Adalah jelas membuktikan bahawa kajian ini menunjukkan peranan dan sumbangan yang telah diberikan oleh pasukan Home Guard untuk mengembalikan keamanan serta usaha melemahkan pengaruh komunis di Temerloh. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan Home Guard sebagai sebuah pasukan keselamatan sukarela yang memberi sumbangan besar kepada masyarakat dan negara dalam usaha membanteras komunis di Temerloh walaupun pada peringkat awal mereka tidak mempunyai sebarang kemahiran. Implikasi kajian menunjukkan pasukan Home Guard yang ditubuhkan di Temerloh ternyata membantu mengembalikan keamanan akibat huru hara yang dicetuskan oleh komunis.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.