UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :L Education (General)
ISSN :1823-6812
Main Author :Ariffin Nor Azimah, Janan Dahlia,
Title :Keberkesanan kaedah pengajaran bersama dalam meningkatkan pencapaian penulisan karangan murid tingkatan 4
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2017

Full Text :
Kaedah pengajaran yang berbeza memberi kesan yang berbeza kepada pelajar. Oleh yang demikian, kajian ini meneliti kesan penggunaan kaedah pengajaran bersama dalam pengajaran dan pembelajaran karangan terhadap murid tingkatan empat. Kaedah pengajaran bersama merupakan kaedah yang dijalankan secara bersama, iaitu dua atau lebih pendidik bekerja dengan kumpulan pelajar yang heterogen di dalam bilik darjah pada masa yang sama. Reka bentuk kajian ini menggunakan kuasi eksperimen yang melibatkan kaedah konvensional bagi kumpulan kawalan dan kaedah pengajaran bersama bagi kumpulan rawatan. Dalam kumpulan rawatan sebanyak tujuh daripada 12 elemen yang terkandung dalam kaedah pengajaran bersama ini akan digabungjalinkan sebagai asas kajian untuk melihat kesan kaedah pengajaran bersama terhadap pencapaian murid. Data pencapaian murid dikumpulkan dengan menggunakan ujian pra dan ujian pasca. Pemilihan sampel pula dibuat secara rawak iaitu, seramai 25 orang murid tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel untuk kumpulan rawatan dan 25 orang murid bagi kumpulan kawalan. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan markah ujian Pasca antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Selain itu, perbezaan ini juga menunjukkan peningkatan markah kumpulan rawatan yang menjalani kaedah pengajaran bersama lebih baik daripada kumpulan kawalan. Implikasi kajian ini memberikan murid dan guru ruang menggunakan kaedah pengajaran karangan yang lebih berkesan bagi mencapai objektif yang diingini.

References
1. Goldwriter yang diedit oleh Linda M. Rhinehart Neas. (2012). Co-teaching and different styles of co-teaching. http://brightubeducation.com/special-ed-inclusion-strategies/4096 2. Indah Eyah Abu Samah. (2012). Menilai keberkesanan teknik sumbang saran terhadap pencapaian kemahiran menulis karangan murid tingkatan empat. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Putra Malaysia. 3. Lembaga Peperiksaan Malaysia SPM. (2015). Bahasa Melayu Kertas 1. 4. Mariam Md. Saad. (2011). Pengajaran kemahiran penulisan karangan naratif bahasa Melayu menggunakan kaedah kata tanya. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. 5. Mohammed Aliakbari. (2009). Implementing a co-teaching model for improving EFL learners grammatical proficiency. International Conference ICT for Language Learning. 3rd edition. 6. Parker, A. K. (2010). The impacts of co-teaching on the general education student. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan. Universiti of Central Florida Orlando, Florida. 7. Potter, S. K. (2011). Co-teaching as an effective approach to improving student result. Tesis Ijazah Sarjana Muda yang tidak diterbitkan. Iniversiti of Central Missouri. 8. Rozita Radhiah Said & Abdul Rashid Jamian. (2012). Amalan pengajaran karangan guru cemerlang di dalam bilik darjah: kajian satu kes pembagai lokasi. Asia Pasific Journal of Educators and Education, Vol. 27, 57-68, 2012. 9. Shahlan Surat, Shalinawati Ramli. & Semah Rahman. (2013). Sumbangan elemen metakofnitif terhadap pencapaian penulisan karangan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu MyLEJ, Vol. 3, Bil. 2 (Nov. 2013): 79-91 10. Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir. (2011). Pengajaran kemahiran bahasa Melayu. Puchong: Penerbit Multimedia. 11. Tuan Jah Tuan Yusof. (2011). Kaedah pengajaran bahasa Melayu sekolah rendah. Puchong: Penerbit Multimedia. 12. Villa, R. A., Thausand, J. S., & Nevin, A. I. (2004). A guide to co-teaching: practical tips for facilitating student learning. California: Corwin Press. 13. Yusfaiza Yusuff & Mohd Isha Awang. (2012). Aplikasi pembelajaran jigsaw II dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu-JPBM, ISSN: 2180-4842, Vol. 2, Bil. 2 (Nov.2012): 62-70.

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.