UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan menentukan kecenderungan kemahiran berfikir kritis dan kreatif murid Tahun 4 melalui aktiviti mengeksperimen dalam mata pelajaran Sains. Kecenderungan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif murid tersebut dikenal pasti melalui pemerhatian, penulisan dan lisan. Seramai 36 orang murid Tahun 4 telah dipilih secara pensampelan stratifikasi bertujuan. Mereka mewakili semua tahap kecerdasan, iaitu murid cerdas, murid sederhana dan murid yang lemah. Instrumen untuk mengumpul data kajian terdiri daripada tugasan eksperimen, senarai semak pemerhatian tabiat kemahiran berfikir dan protokol temu bual semi berstruktur. Data dianalisis secara kualitatif menggunakan kaedah perbandingan konstan dengan mengkelompokkan maklumat kepada sub-kategori, istilah dan tema yang sesuai. Hasil kajian menunjukkan murid Tahun 4 lebih cenderung menguasai kemahiran berfikir kritis (89.3%) berbanding dengan kemahiran berfikir kreatif (54.7%). Dari segi tabiat kemahiran berfikir pula, 91.2% murid menunjukkan tabiat pemikiran kritis berbanding dengan 78.1% yang menunjukkan tabiat pemikiran kreatif. Kesimpulannya, Secara keseluruhannya, murid Tahun 4 ini lebih cenderung mengamalkan tabiat dan berfikiran kritis dalam menjalankan eksperimen Sains. Implikasinya, para guru digalakkan untuk melaksanakan aktiviti eksperimen dalam pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah untuk menggalakkan murid mengamalkan tabiat berfikir kritis seterusnya ke arah kemahiran berfikir aras tinggi. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |