UPSI Digital Repository (UDRep)

Penglibatan orang Cina dalam industri penghasilan makanan di Butterworth, 1957-2000

AVAILABLE Thesis 2507 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Penglibatan orang Cina dalam industri penghasilan makanan di Butterworth, 1957-2000
Type
Thesis
Main Author
Tan, Soon Chin
Subject
HD Industries. Land use. Labor
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2018
Notes
Masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini memfokuskan tentang penglibatan orang Cina dalam industri penghasilan makanan di Butterworth pada tahun 1957 hingga 2000. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penglibatan dan perkembangan perniagaan orang Cina dalam industri ini. Penglibatan orang Cina dalam industri ini selepas merdeka dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti pewarisan, modal, jaringan perniagaan dan dasar kerajaan. Faktor-faktor ini memainkan peranan penting bagi menjamin perkembangan dan kestabilan perniagaan orang Cina dalam industri penghasilan makanan pada tempoh tersebut. Kaedah penyelidikan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif dengan memberi penekanan kajian secara analisis dokumen. Rujukan telah dibuat pada dokumen-dokumen yang terdapat di Arkib Negara Malaysia dan Arkib Negeri Cawangan Negeri Pulau Pinang seperti Strait Settlement Record, Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang, fail Setiausaha Kerajaan Negeri, minit mesyuarat dan telegram. Selain itu, rujukan juga dibuat pada dokumen dalam bahasa Cina seperti minit mesyuarat, majalah terbitan dan laporan di Dewan Perniagaan Tionghua Pulau Pinang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peniaga Cina dalam industri ini telah menghadapi pelbagai cabaran seiring dengan perubahan isu politik dan ekonomi semasa. Perkembangan dan kestabilan perniagaan orang Cina juga dipengaruhi oleh dasar kerajaan yang dijalankan sepanjang tempoh kajian. Kajian juga membuktikanikatan kekeluargaan yang kuat pada tempoh selepas merdeka telah menjadi tulang belakang kepada perkembangan perniagaan orang Cina dalam industri ini. Walau bagaimanapun, ia semakin longgar mulai era 1990-an disebabkan oleh sikap anak anak tidak ingin mewarisi perniagaan yang bersifat tradisional. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan orang Cina telah berusaha mengadakan pelbagai pembaharuan demi mempertahankan perniagaan mereka walaupun perniagaan tersebut kurang berkembang pada peringkat awal. Oleh itu, kajian ini sangat penting khususnya dalam memahami perubahan serta kelangsungan penglibatan orang Cina dalam industri penghasilan makanan di Butterworth pada tempoh tersebut.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.