UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Full Text : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini telah menggunakan modul panduan literasi ibu bapa yang digunakan oleh ibu bapa di rumah. Seramai 56 kanak-kanak daripada enam buah taska di Terengganu telah dijadikan sampel dalam kajian yang berbentuk eksperimen ini. Data praujian untuk kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan telah diambil sebelum ibu bapa dalam kumpulan rawatan diberikan latihan melalui bengkel yang telah diadakan. Selepas kajian dijalankan selama 10 minggu, ujian pasca pula dijalankan kepada kumpulan rawatan dan kawalan. Keputusan ujian Wilcoxson T menunjukkan bahawa terdapat tidak terdapat perbezaan pencapaian keseluruhan literasi di antara kumpulan rawatan dan kawalan selepas menggunakan modul iaitu pencapaian literasi (z=-.205, p>.05). Namun begitu perbezaan tersebut adalah tidak signifikan. Oleh itu keputusan analisis menunjukkan penggunaan modul literasi awal ini tidak dapat meningkatkan pencapaian keseluruhan pencapaian awal literasi. Jika dilihat dari komponen modul, ketiga-tiga komponen menunjukkan hasil yang tidak signifikan iaitu hubungan masa membaca buku dengan pencapaian konsep cetakan (r=.03, p> 0.05), hubungan mengajarkan warna dan huruf dengan pencapaian fonemik (r=.10, p> 0.05), hubungan masa berbual di rumah dengan pencapaian bahasa kanak-kanak (r=.12, p> 0.05). Bagi analisis perhubungan di antara prestasi literasi kanak-kanak dengan pendapatan ibu bapa pula menunjukkan perhubungan yang tidak signifikan (r=.19, p> 0.05). Namun begitu analisis perhubungan membaca buku dengan pembelian bahan bacaan mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara membelikan bahan bacaan dengan masa membaca bersama di rumah literasi (r=.34, p |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |