UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Abdul Rahman Abdul Malek, Dawi Amir Hasan, Jusoh Ahmad Jazimin, Mohd Isa Junainah,
Title :Kajian ke atas buli di Malaysia : Intervensi kaunseling dalam pencegahan dan rawatan
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Faculty Of Human Development
Year of Publication :2013
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Full Text : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dijalankan untuk menilai kesan modul intervensi kaunseling kelompok berstruktur yang berdasarkan pendekatan Gestalt dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang bertingkah laku buli. Hipotesis bagi kajian ini ialah: terdapat perbezaan yang signifikan dalam kesan rawatan antara kelompok rawatan dan kelompok kawalan berdasarkan skor tingkah laku buli pada ukuran pra dan pos kajian. Kesan kaunseling kelompok dalam mengurangkan tingkah laku buli diukur dengan menggunakan laporan kendiri. Seramai lapan puluh empat subjek kajian pelajar tingkatan dua dan tngkatan empat yang dipilih melalui persampelan bertujuan diagihkan kepada lapan kumpulan eksperimen dengan dua kumpulan dalam setiap zon, satu kumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan. Semua subjek kajian ditadbir ujian pra dan ujian pos menggunakan Skala Tingkah Laku Buli, Skala Kelangsangan, Skala Empati Seimbang, Skala Penghargaan Kendiri. Sepuluh sesi kaunseling tempoh dua jam setiap sesi, sepanjang tempoh enam minggu, telah dijalankan sebagai intervensi rawatan. Kumpulan kawalan adalah kumpulan menunggu yang hanya menerima rawatan setelah data ujian pos dikumpul. Analisis statistik yang digunakan untuk menganalisis data eksperimen adalah ujian-t. Ujian-t digunakan untuk menganalisis perbezaan dalam laporan kendiri bagi kesemua lapan kumpulan. Tahap signifikan yang ditetapkan adalah pada 0.05. Keputusan kajian menunjukkan kaunseling kelompok berstruktur berdasarkan modul pendekatan Gestalt berkesan dalam mengurangkan tingkah laku buli; t(2.18) = 5.006, p < 0.05); t(2.18) = - 3.955, p < 0.05); t(2.18) = -22,91, p < 0.05); t(2.18) = -3.662, p < 0.05) bagi zon masing-masing. Kajian ini menunjukkan bahawa modul kaunseling kelompok berstruktur yang berdasarkan pendekatan Gestalt berkesan dalam mengurangkan tingkah laku buli dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Selanjutnya intervensi kaunseling kelompok juga menunjukkan kesan penurunan min tingkah laku langsang, peningkatan min empati perasaan dan min penghargaan kendiri subjek kumpulan rawatan berbanding subjek kumpulan kawalan bagi setiap zon. Kajian ini menunjukkan intervensi kaunseling kelompok menggunakan modul kelompok berstruktur pendekatan Gestalt berkesan dalam mengurang tingkah laku buli dalam kalangan pelajar sekolah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.