UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :L Education (General)
ISSN :2550-2131
Main Author :Siti Saniah Abu Bakar
Title :Komunikasi interpersonal guru bahasa di Jerman
Year of Publication :2017

Abstract :
Kajian ini bertujuan meninjau komunikasi interpersonal yang digunakan oleh guru berbangsa Jerman serta guru penutur jati di dalam kelas bahasa Melayu-Indonesia di Jerman serta membandingkan Maksim Santun yang digunakan antara mereka. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif, kaedah pemerhatian di dalam kelas dilakukan dengan merakam menggunakan kamera video. Data rakaman ditranskripsikan, diberikan tema dan dianalisis secara deskriptif berdasarkan Prinsip Kesopanan Leech (1983). Hasil kajian menunjukkan guru berbangsa Jerman (PG) menggunakan keenam-enam maksim sebagai komunikasi interpersonal manakala guru penutur jati bahasa sasaran (PI) menggunakan 3 daripada 6 maksim. Walau bagaimanapun, 3 maksim tersebut digunakan secara minima sahaja oleh PG iaitu dengan maksim budiman mempunyai peratus tertinggi, diikuti oleh maksim kerendahan hati dan maksim simpati. Ini menunjukkan ketiga-tiga maksim ini bukan menjadi strategi guru untuk digunakan di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Antara keenam-enam maksim, maksim santun merupakan pilihan utama mereka iaitu PG mengamalkan maksim santun sebanyak 70 peratus, manakala PI sebanyak 81.5 peratus berbanding dengan maksim yang lain. Berdasarkan empat kategori maksim santun, didapati PG hanya menggunakan kategori kos-manfaat, keopsyenalan dan jarak sosial sahaja, berbanding dengan PI yang menggunakan keempat-empat kategori termasuk kategori ketakterusan. Dapatan ini menunjukkan bahawa budaya sesuatu masyarakat yang menjadi amalan dan cara hidup seseorang akan dimanifestasikan dalam komunikasi termasuk dalam wacana kelas bahasa.

References

1. Abdul Salam Yussof. (2003). Imam Al-Ghazali Pendidikan Berkesan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. 2. Blum-Kulka, S. (1987). Indirectness And Politeness In Requests: Same Of Different?. Journal of Pragmatic. 11, 145-160. 3. Brown, P. & Levinson, S.C. (1987). Politeness Some Universals In Language Usage. Cambridge: Cambridge University Press 4. Byram, M. (2011). Pengajaran dan penilaian kebolehan komunikasi antara budaya. (Maizatulliza Muhamad @ Mohd Saufi & Abdul Halim Ibrahim, Penterj.) Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara Malaysia dan Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. 5. Dil Froz Jan Sated Halem Shah, Abdul Muati@Zamri Ahmad, Hamisah Hasan, Rosya Izyanie Sham & Faridah Ibrahim (2014). A Metaphoric Rhetorical Criticism On Aminuddin Bali’s Speech: Some Preliminary Finding. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication. 30(2), 21-40. 6. Fraser, B. (1990). Perspectives on Politeness. Journal of Pragmatics. 14, 219-236. 7. Goffman, E. (1955). On Face Work: an Anlysis of Ritual Elements in Social Interactions. Psychiatry Journal. 18, 213-231. 8. Goffman, E. (1967). Interaction Ritual: Essays on Face to Face Behavior. New York: Pantheon. 9. Grice, H.P. (1975). Logic And Conversations. Dlm Cole, P. & Morgan (Pnyt.). Syntax And Semantic: Speech Act. (hlm. 41-58). New York: Academic Press. 10. Howe, C. & Abedin, M. (2013), Classroom Dialogue: A Systematic Review Across Four Decades of Research. Cambridge Journal of Education. 43(3), 325-356, DOI: 10.1080/0305764X.2013.786024. 11. Indirawati Zahid. (2012). Kesantunan Melayu Ke Arah Situasi Bebas Konflik. Dlm Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar & Maslinda Yusof (Pnyt.). Kesantunan Berbahasa (hlm. 170-189). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 12. Kiemer, K., Groschner, A., Pehmer, A-K., & Seidel, T. (2015). Effects of a Classroom Discource Intervention on Teachers’ Practice and Students’ Motivation to Learn Mathematic and Science. Learning and Instruction. 35, 94-103. 13. Lakoff, R.T. (1975). Language and Woman’s Place. New York: Harper and Row. 14. Leech, G. (1983). Principles of Pragmatics. London: Longman 15. Marlyna Maros, Aslinda John dan Mohd Baharim Mydin (2010). Pola Sapaan Pelajar Lelaki Dan Perempuan di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi: Satu Kajian Sosiopragmatik. GEMA Online® Journal of Language Studies. 10(2), 77-96 16. Maslinda Yusof. (2012). Perlakuan Maaf Sebagai Strategi Memulihkan Keadaan. Dlm Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar & Maslinda Yusof (Pnyt.). Kesantunan Berbahasa (hlm. 250-264). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 17. Maslida Yusof & Karim Harun. (2015). Analisis Lakuan Tutur dalam Ruangan Status Facebook. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication. 31(2) 151-168. 18. Mohammad Fadzeli Jaafar. (2012). Aspek Permintaan dan Hubungannya Dengan Kesantunan Berbahasa. Dalam Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar & Maslinda Yusof (Pnyt.). Kesantunan Berbahasa (hlm. 265-282). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 19. Nasariah Mansor, Faizah Ahmad & Yusniza Yaakub. (2010). Kesantunan Bahasa dalam Kalangan Pelajar IPT: Satu Kajian Perbandingan Etnik. Dalam Proceedings seminar on nasional resilience (SNAR2010) Political management and policies in Malaysia (pp. 337-352). 20. Noor Hatini Zolkifli & Siti Saniah Abu Bakar. (2011). Unsur Eufemisme dalam Novel Papa dan Azfa Hanani. Jurnal Bahasa. 12(1), 83-108. 21. Nik Safiah Karim. (2012). Kesantunan Berbahasa Dalam Konteks Pekerjaan: Perspektif Penggunaan Kata Ganti Nama. Dalam Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar & Maslinda Yusof (Pnyt.). Kesantunan Berbahasa (hlm. 131-147). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 22. Sara Beden & Indirawati Zahid. (2016). Pemetaan Struktur Peristiwa Bahasa: Komunikasi Bebas Konflik. GEMA Online® Journal of Language Studies. 16(1), 67-87. 23. Siti Hajar (2010). Pragmatik Linguistik. Kuala Lumpur: 24. Penerbit Universiti Malaya 25. Weirsma, W. (2000). Research Methods In Education. 7th Edition. Boston: Allyn and Bacon 26. Zaitul Azma Zainon, Ahmad Fuad & Mohd Nur Hafizudin (2011). Kesantunan Bahasa dalam Kalangan Remaja Sekolah Menengah. Jurnal Bahasa. 11(2) 321-338.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.