UPSI Digital Repository (UDRep)

Analisis penalti terhadap kesalahan-kesalahan matrimoni di Mahkamah Syariah Selangor

AVAILABLE Thesis 1756 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Analisis penalti terhadap kesalahan-kesalahan matrimoni di Mahkamah Syariah Selangor
Type
Thesis
Main Author
Shadli Sabarudin
Subject
K Law (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2017
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan menganalisis penalti terhadap kesalahan-kesalahan matrimoni di Mahkamah Syariah Selangor. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 memperuntukkan kesalahan-kesalahan matrimoni kategori kesalahan tak boleh tangkap yang merupakan kesalahan jenayah (jenayah mal) di bawah Seksyen 35-40, Seksyen 124- 130 dan Seksyen 132. Apabila seseorang telah melakukan sesuatu kesalahan di bawah peruntukan enakmen tersebut, maka dia boleh dituduh dan didakwa melakukan kesalahan itu dengan menjatuhkan hukuman penalti. Permasalahan kajian ialah tiada panduan bertulis bagi proses menentukan penalti terhadap kesalahan-kesalahan matrimoni. Objektif kajian ialah pertama, mengenal pasti penalti dalam bab munakahat menurut pandangan mazhab fiqh. Kedua, menganalisis peruntukan kesalahan-kesalahan matrimoni dalam enakmen. Ketiga, menganalisis proses menentukan penalti. Bagi tujuan pengumpulan data, pengkaji telah menggunakan kaedah kajian kualitatif iaitu kaedah analisis dokumen dan temu bual semi berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat penalti menurut pandangan mazhab fiqh dalam bab munakahat seperti zihar dan ila’. Selain itu, kesalahan-kesalahan matrimoni yang diperuntukkan dalam enakmen terdiri daripada kesalahan jenayah mal yang tak boleh ditangkap tanpa waran. Seterusnya, terdapat aspek-aspek pertimbangan sebelum menentukan penalti seperti latar belakang tertuduh, bilangan kesalahan dan rayuan tertuduh. Kesimpulan kajian mendapati terdapat perbezaan jumlah penalti antara tertuduh dengan tertuduh yang lain dalam kesalahan yang sama walaupun hakim menjatuhkan hukuman penalti berdasarkan aspek-aspek tersebut. Kajian ini memberi implikasi terhadap pembentukan formula dengan penambahbaikan dan pengemaskinian seksyen dalam enakmen serta perluasan peruntukan penalti.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.