UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Rahman Shaari merupakan seorang penyair, penulis bebas dan ahli akademik negara. Bagi mendepani unsur sastera dalam ruang peradaban Melayu, beliau masih terus aktif menulis dan berkarya dalam pementasan puisi dan membimbing para penyair angkatan muda sebagai pelapis budaya bangsa. Beliau sentiasa gigih dalam usaha mengangkat martabat puisi Melayu di mata dunia sehingga beliau dianugerahkan S.E.A Write Awards atau Anugerah Penulis Asia Tenggara pada tahun 2007 yang merupakan anugerah sastera berprestij bagi menghargai sumbangan para penulis bidang kesusasteraan di Asia Tenggara. Kajian bertajuk ‘Komunikasi Berkesan Dalam Persembahan Puisi Artistik Rahman Shaari’ ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji beberapa sajak Rahman Shaari yang turut membina komunikasi berkesan dalam persembahan artistik puisi Rahman Shaari. Kajian ini juga menerapkan Teori Stilistik bagi mengkaji tentang bahasa yang diterapkan dalam hasil karya sajak beliau. Metodologi kajian ini melibatkan penyelidikan kualitatif berasaskan kajian teks. Hasil kajian ini penting untuk mengapresiasi sumbangan Rahman Shaari dalam bidang puisi dan berharap kajian ini menjadi pendorong untuk beliau terus menulis dalam dalam bidang puisi dan terus berjuang dalam menghasilkan karya dalam penghasilan sajak yang sesuai dengan elemen artistik yang sentiasa ditampilkan apabila beliau muncul dalam setiap persembahan pentas sajaknya. Secara kesimpulannya, kajian ini dapat membuktikan sumbangan Rahman Shaari ini penting dalam memartabatkan bidang puisi yang turut dapat mendidik seseorang individu membina komunikasi berkesan terutama dalam tingkah laku dan menutur bicara. |
References |
1. Abdul Halim Ali. (2013). Memahami puisi Melayu tradisional. Tanjong Malim: Budiman. 2. Ismail Salleh, Saadiah Maalip, Muhammad Fadzeli Jaafar. (2001). Keterampilan berbahasa dan berkomunikasi. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 3. M.Atar Semi. (1993). Metode penelitian sastra. Penerbit Angkasa Bandun 4. Mana Sikana. (2015). Koleksi teori sastera. Pustaka Karya. 5. Mana Sikana. (1997). Pembangunan Seni & Sastera. Jabatan Persuratan Melayu. 6. Mohd Rosli Saludin. (2013). Puisi Melayu tradisional. Jurnal Peradaban Melayu Jil (8). 7. Muhammad Haji Salleh. (2008). Seminar Kebangsaan Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 8. Noraini Idris. (2013). Penyelidikan dalam Pendidikan: Mc Graw Hill Education. Rahman Shaari (2008). Anjung deklamator. Ampang: Pekan Ilmu Publication 9. Rahman Shaari (2005). Kemantapan puisi Melayu moden: Satu Tinjauan. Ampang: Pekan Ilmu Publication Sdn Bhd 10. Rahman Shaari. (2007). Rahman Shaari penerima Anugerah Sea Write Awards 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 11. Sulaiman Masri. (2005). Kaedah penyelidikan dan panduan penulisan (esei, proposal, tesis). Kuala Lumpur: Utusan Publication dan Distributors. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |