UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis novel Melayu terpilih dari
perspektif Persejarahan Baharu. Bagi mencapai tujuan itu, tiga objektif ditetapkan iaitu,
mengenalpasti dan menganalisis hubungan kait unsur sejarah baharu dengan sejarah lama
jungkir balik sejarah, pemaknaan baharu, menganalisis hubung kait unsur sejarah baharu
dengan ideologi pengarang serta menjelaskan sisipan elemen mimikri dalam novel yang
dikaji. Kajian ini adalah sebuah kajian kepustakaan. Sumber utama data kajian ialah novel
`1515` oleh Faisal Tehrani (2003) dan novel
`Luka Nering` karya Malim Ghozali PK (2014). Data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan
dan dibincangkan secara deskriptif berpandukan empat prinsip Persejarahan Baharu.
Berdasarkan analisis yang dilakukan, kajian ini mendapati unsur sejarah baharu yang terdapat dalam
novel mempunyai kaitan langsung dengan sejarah lama khususnya sejarah kejatuhan Melaka di tangan
Portugis pada tahun 1511, sejarah pentadbiran sultan Mahmud, sejarah kesultanan Perak,
sejarah pembunuhan J.W.W.Birch dan sejarah Perjanjian Pangkor. Manakala unsur sejarah
baharu yang dapat dikenal pasti ialah kisah keperwirawati tokoh wanita Nyemah Mulya menentang
Feringgi di Melaka, tokoh wanita memimpin armada perang Melaka dan Portugal ditakluk
Melaka pada tahun 1515. Hasil kajian juga mendapati, unsur sejarah baharu berkait langsung
dengan ideologi pengarang. Pengarang didapati dengan sedar menyampaikan visi
politiknya supaya sejarah tentang bangsa dibetulkan dan ditulis semula dengan tujuan
mengangkat maruah bangsa Melayu dan agama Islam. Berdasarkan dapatan ini, kajian
ini mencadangkan supaya sejarah lama tentang penjajahan Barat di Tanah Melayu dinilai
semula supaya fakta dan keterangannya
lebih tepat dan sesuai dengan realiti bangsa Melayu masa kini.
|
References |
Abdul Halim Ali (2011) `Sajak Pulang Si Tenggang dalam perspektif Historisisme Baru` Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 22, 2011. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Abdul Halim Ali (2014). Teori Historisisme Baru: Sorotan Idea dan Aplikasi Kritikan. Tanjong Malim: Penerbit Persatuan Penulis Budiman Malaysia.
Abdullah Zakaria Ghozali, (1997), Pasir Salak Pusat Gerakan Menentang British di Perak, Ipoh: Yayasan Perak.
Ahmad Jelani Halimi, (2006), Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Akhmad Taufiq (2011) Kekerasan Negara Orde Baru Terhadap Rakyat Dalam Teks Sastra Indonesia, Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan Universitas Jember, Kalimantan, Indonesia.
Andre Teixeira, (2006) `The Malacca-Portugal Relations Before 1511, dlm. Kisah Melaka 1511, Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotik Malaysia, ms.28- 42.
Aschroft, Bill, (2001) Postcolonial Transformation, London: Routledge.
Azmi Ariffin, (2017) Prosiding Persidangan Antarabangsa Pertama Historiografi Melayu (HISTIC), pada 6-7 Mei 2107, hotel Seri Malaysia, Kuantan, Pahang, ms. 855-877.
Baharuddin Kahar, (2015), `Luka Nering Persejarahan Baharu`, Utusan Online, 21 Januari 2015. Utusan Melayu (M) Berhad.
Bambang Purwanto (2001) ` Historisisme Baru dan Kasadaran Dekonstruktif`, Jurnal Humaniora, Volume XIII No.1/2001, Universitas Ghajah Mada, Indonesia.
Barry, P. (2010). Beginning Theory: Pengantar Komprehensif Teori Sastra dan Budaya, (terj) Yogyakarta Jalasutra.
Bhabha, Homi, K. (1994), `Of Mimicry and Mad: The Ambivalen of Colonial Discources’ dlm. The Location of Culture, London: Blackwell.
Bhabha, Homi, K. (1994), The Location of Culture, London: Blackwell.
Bressler, C.E., (1999): Literary Criticism: An Introduction to Theory and Practice, (2?? Edition), Prentice Hall, New Jersey.
Fairuzul Mumtaz, (2014), `Membongkar Kubur Sugiarti Siswadi: Sebuah Kajian New Historicism`, Tesis Magister Ilmu Religi dan Budaya,Universitas Sanata Dharma,Yogyakarta.
Faisal Tehrani, (2003) 1515. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Faitini Yaacob, (2017), `Rusuhan Natrah kebangkitan besar Melayu`, Utusan Online, Utusan (M) Berhad, 22 Mei 2017.
Felperin, H. (1990), The Use of the Canon: Elizaberthan Literature and Contemporary Theory. Oxford: Clarendon Press.
Fuziah Shaffie & Ruslan Zainuddin, (2000), Sejarah Malaysia. Petaling Jaya. Penerbitan Fajar Bakti
Gallagher, C. (1999).”Marxisme and The New Historicsm.” Dlm. Literary Theories A Reader and Guide. New York: New York University Press.
Haron Daud, (1989), Sejarah Melayu: Satu Kajian Daripada Aspek Persejarahan Budaya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hartono, (2005), `Mimikri Pribumi Terhadap Kolonialisme Belanda Dalam Novel Sitti Nurbaya Karya Marah Rusli`, Jurnal Ilmiah Bahasa, Sastra Dan Pengajarannya, Vol.12, No. 2, Julai 2005, Universitas Jogjakarta.
Harun Jaafar & Abdul Halim Ali (Pngr), Kumpulan Esei Bahasa dan Kesusasteraan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. `. Jaafar Abdul Rahim, 1997:Michell Foucault dan sastera: Suatu Nazrah Awal, Kertas Kerja, Seminar Pascamodenisme dan Kita, anjuran DBP, 3-4 Dis 1997.
Jelani Harun, (2011), Umpama Sebuah Bahtera: Kajian Naskhah Melayu Sejarah Kesultan Negeri Perak, Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.
Golden, S. (2013), `New Historicism The Influence of Postmodernism` Anwser Research Journal, Anwser in Depth, Volume 8, 2013.
Greenblatt, Stephen, J. (1990), Learning to Curse: Essays in Early Modern Culture, London: Routledge.
Greenblatt, Stephen, J. (1995) `Culture` dalam Critical Terms for Literature Study, Frank Lentricchia & Thomas McLaughlin (Ed), Chicago: University of Chicago Press.
Greenblatt, Stephen, J. (1996) ` Resonance and Wonder`, dalam New Historicism and Cultural Materialism: A Reader, by Kiernan Ryan (Ed), London: Arnold.
Guerin, L W. et al, (1992): A Handbook of Critical Approaches To Literature (3?? Edition) Oxford University Press.
Kamus Dewan,(2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kiernan Ryan, (Ed), (1996) New Historicism and Cultural Materialism: A Reader, London: Arnold.
Malim Ghozali PK, (2014), Luka Nering, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mana Sikana,(1989), Keris Laksamana Bentan, (Pnytn),Kuala Lumpur:Fajar Bakti
Mana Sikana, (1998), Teori Dan Kritikan Sastera Pascamodenisme, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Mana Sikana, (2013), Koleksi Teori Sastera, Bangi: Penerbit Pustaka Karya.
Mana Sikana, (2015) Teori Sastera Kontemporari, Bangi: Penerbit Pustaka Karya.
Melani Budianta,(2006), `New Historicism Dalam Perkembangan Kritik Sastra`, Jurnal Susastra, Vol. 2 no 3 tahun 2006.
Moh. Fathoni, (2013) `Kritik Sastra Puitika Kultural Stephen Greenblatt: Metode Dan Praktik Analisis` Jurnal Poetika Vol. I No. 2, Desember 2013, Universitas Ahmad Dahlan Yogyakarta.
Mohd Ali Mohd Rustam, (2006) `Penghayatan, dlm. Kisah Melaka 1511, Penghayatan Sejarah ke Arah Memperkasakan Melaka` Ucaptama Seminar: Institut Kajian Sejarah dan Patriotik Malaysia, ms.14-21.
Mohamad Idris Saleh et al, (1994) Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Mohd Pauzi bin Abd Raof, (2011), `Peristiwa Bukit Kepong Dalam Novel Bukit Kepong dan Filem Bukit Kepong Berdasarkan Pendekatan Historisme Baru` disertasi sarjana, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.
Mohd Yusoff Hashim, (2008), Hang Tuah Wira Melayu, Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia.
Nurhadi, M.Hum (2008) `Pembunuhan Massal Etnis Cina 1740 Dalam Drama Remy Sylado: Kajian New Historisisme, Jurnal Pendidikan dan Kebudayaan, Balitbang Depdiknas Jakarta, No. 52, edisi November 2008.
Nurul Laili (2010) Kajian Historisisme Dalam Novel Keindahan Dan Kesedihan Karya Yasunari Kawabata, Fakultas Bahasa dan Sastra UNIPDU, Indonesia.
Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia (1791-1965), Institut Terjemahan Negara, Kuala Lumpur, 2008.
Qasim Ahmad,(1991): Karya Sejarah: Pendekatan Dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. R.G. Collingwood, (1961) The Ideas of History. Oxford.
R.W.McRoberts, (1984), `An Examnation of the Fall of Malacca in 1511`, JMBRAS, 57:1, Jun 1984.
Rahimah A.Hamid (2010), Fiksyen Pascakolonial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rice, P. & Waugh, P. (1993) Modern Literary Theory, (2?? Edition) London: Edward Arnold.
Robson, M. (2008), Stephen Greenblatt, London: Routledge.
Rosma Derak, (2014) `Mendekonstruksi sejarah dalam Novel 1515: satu penulisan semula daripada perspektif golongan subaltern`, MANU Jurnal, Pusat Penataran Ilmu & Bahasa Volume 21, 2014, p.125 -147.
Shaidatul Suhana Ros, (2013) `Pascakolonialisme Dalam Novel-Novel Faisal Tehrani` Tesis sarjana, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.
Said, Edward, W. (1978), Orientalism, London: Routledge & Kegan Paul.
Sohaimi Abdul Aziz, (2014) Teori dan Kritikan Sastera (Edisi Kedua) , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sohaimi Abdul Aziz (2015), `Satu Kaedah Bacaan Tekstual Dalam Orientasi Sejarah Terhadap Atas Nama Cinta`, Kertas kerja dibentangkan pada Seminar Sejarah dan Persejarahan.
T.F. Earle & Villiers, J. (1995), Albuquerque Caesar Timur (Teks-Teks Pilihan Daripada Afonso De Albuquerque dan Anaknya), (terj). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Tennas Effendi, (2006) `Merebut Semula Melaka: Peranan Sultan Mahmud Syah dan Tun Fatimah` dlm. Kisah Melaka 1511, Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotik Malaysia, ms.66-83.
Teuku Ibrahim Alfian, (2006) `Serangan Sultan-sultan Aceh Darussalam Terhadap Portugis di Melaka, dlm. Kisah Melaka 1511, Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotik Malaysia, ms.53-65.
Umar Junus, (1996), Teori Moden Sastera Dan Permasalahan Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Usman Awang, (2005), Matinya seorang pahlawan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Veeser A.H., (1989), The New Historicism, London: Routledge.
Wan Ahmad Ismail, (1992): Pahlawan Daerah Rodat. Kuala Terengganu: Terbitan Wahmi, Production House.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |