UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :HM Sociology
Main Author :Gunathevan a/l Elumalai
Additional Authors :Ahmad bin Hashim
Fariba Hossein Abadi
Saidil Mazlan
Title :Tahap obesiti dan gaya hidup belia di Daerah Muallim, Perak
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2019
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Gaya hidup sedentari adalah punca kemerosotan kesihatan yang sempurna. Setiap individu perlu mengambil langkah untuk menjaga kesihatan sejak muda sebaikbaiknya sebelum jisim badan mencapai paras kritikal. Kajian berbentuk tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap obesiti (BMI), tahap penglibatan aktiviti fizikal, penggunaan gajet untuk bersosial dan mengisi masa lapang di samping melihat perbezaannya berdasarkan jantina dalam kalangan belia di Daerah Muallim, Perak. Seramai 200 orang responden yang terdiri daripada 100 orang lelaki dan 100 orang perempuan yang berumur 20 hingga 40 tahun telah dipilih secara rawak mudah di persekitaran Daerah Muallim. Dapatan kajian bagi tahap obesiti dan risiko morbiditi berdasarkan norma BMI, WHO (2004) bagi masyarakat Asia menunjukkan bahawa 32 orang (16%) berada di tahap obes kelas II dengan risiko morbiditi yang sangat tinggi. 96 orang (48%) berada di tahap obes kelas I dengan risiko morbiditi yang tinggi. 14 orang (7%) berada di tahap Pre obes dengan peningkatan risiko yang ketara. 48 orang (24%) berada di tahap normal tetapi tahap risikonya sedang meningkat. 10 orang (5%) sahaja kurang berat badan dan tidak berisiko. Penglibatan dalam aktiviti fizikal menunjukkan bahawa 56% lelaki dan 32% perempuan sahaja yang terlibat dalam aktiviti fizikal sekurang-kurangnya sekali seminggu. Penggunaan gajet untuk bersosial dan mengisi masa lapang menunjukkan bahawa 94% lelaki dan 89% perempuan menggunakan pelbagai jenis peranti elektronik untuk mengisi masa lapang dan waktu kesenggangan. Analisis inferens menggunakan ujian -t sampel tidak bersandar membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan darisegi tahap BMI di antara belia lelaki dan perempuan di daerah ini. Penglibatan dalam aktiviti fizikal menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara lelaki dan perempuan. Manakala penggunaan gajet dan internet mempengaruhi kedua-dua jantina secara maksimum. Kurang beraktiviti fizikal, bersikap malas, bermain permainan komputer dan tidur berlebihan adalah punca pelbagai penyakit yang menjadi pembunuh utama masyarakat dunia khasnya di negara-negara membangun seperti Malaysia. Tindakan segera perlu dilaksanakan secara meluas supaya rakyat jelata sedar akan risiko amalan gaya hidup sedentari yang semakin menjadikan manusia sakit dan tidak produktif

References

1. Ahmad Ismail. (2018, Januari 23). Fokus kecergasan masyarakat bandar elak masalah obesiti. Berita Harian. m/s 12.

2. Brisson, E. R. (2011). The Relationship between Overweight and Obesity and Acculturation of 12- to 19-Year-Old Mexican American Children. (Doctrol Dissertation, The Warlen University, United States) Retrieved from https://scholarworks.waldenu.edu/2011/948.

3. C J Caspersen, Powell, K. E., & Christenson, G. M. (1985). Physical activity, exercise, and physical fitness: definitions and distinctions for healthrelated research. Public Health Report, 100(2).

4. Corbin, C. B., Welk, G. J., Corbin, W. R., & Welk, K. A. (2016). Concepts of Fitness and Wellness (11th Ed.). New York: McGraw Hill Education.

5. Cureton, K. J. (2005). Body Mass Index Screening in Public Schools. Journal of Physical Education, Recreation & Dance, 76(8).

6. De Onis, M., & Blassner, M. (2008). Prevalance and trends of overweight among preschool children in developing countries. American Journal of Clinical Nutrition, 72, 1032–1039.

7. Devanthini Dewi Gunasekaran, Ruzita Abd Talib, Nik Shanita Safil, Razinah Sharif, Mahadir Ahmad, & Poh Bee Koon. (2018). Juara SihatTM: Reka Bentuk Kajian Program Pendidikan Pemakanan Obesiti Kanak-kanak Berasaskan Sekolah di Kuala Lumpur, Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 17, 119–127.

8. Kamaruzaman Ampon. (2008). Jom senam bah. Retrieved from http:// eprints.ums.edu.my/id/print/2591.

9. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2018). Laporan Kajian Kesihatan

10. Morbiditi Kebangsaan ( NHMS 2017 ). Institut Kesihatan Umum. Kuala Lumpur.

11. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2011). Laporan Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan ( NHMS 2011 ). Institut Kesihatan Umum. Kuala

Lumpur.

12. Nihiser, A. J., Lee, S. M., Wechsler, H., McKenna, M., Odom, E., Reinold, C., Grummer-Strawn, L. (2007). Body mass index measurement in schools. Journal of School Health, 77(10), 651–671.

13. Nor Alizawati Mokhtar, & Hishamuddin Ahmad. (2007). Obesiti Di Kalangan Pelajar Lelaki Dan Perempuan Sekolah Rendah Sekitar Tanjong Malim. Retrieved from http://merr.utm.my/id/eprint/1430

14. Norfadilawati Alias, & Fuziah Shaffie. (2014). Kesan obesiti ke atas psikososial remaja. International Social Development Conference 2014 (ISDC 2014), 12 – 13 August 2014, Bayview Hotel Langkawi, Malaysia.

15. Salmiah Omar, & Malisah Latip. (2016). Pengaruh Peranti Teknologi Kepada Perkembangan Sosial Dan Permasalahan Kesihatan KanakKanak. Jurnal Kebajikan Masyarakat, (October 2015), 11.

16. Sidek Mohd Noah. (2003). Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

17. Sil, P. (2016). Study of flexibility and body composition of aged women participating morning walk regularly, Journal of Obesity .3(3), 347–349

18. Thomas, J. R., Nelson, J. K., & Silverman, S. J. (2011). Research Method in Physical Activity (6th Ed.). Champaign, IL: Human Kinetics.

19. World Health Organization. (1998). Obesity: preventing and Managing the Global Epidemic. Geneva: World Health Organization.

20. World Health Organization. (2004). Expert Consultation appropriate body mass index for Asian populations and its implication for policy and intervention strategies. Lancet. 363:157-163.

21. World Health Organization. (2016). Global strategy on diet, physical activity and health. Geneva: World Health Organization.

22. Ying Ying Chan, Kuang Kuay Lim, Kuang Hock Lim, Chien Huey Teh, Che Cheong Kee, Siew Man Cheong, Noor Ani Ahmad. (2017). Physical activity and overweight / obesity among Malaysian adults : findings from the 2015 National Health and morbidity survey BMC Public Health, 17. https://doi.org/10.1186/s12889-017-4772-z

23. Zaenal Arifin. (2015). Perilaku remaja pengguna gadget; analisis teori sosiologi pendidikan, Jurnal Tribakti . 26(9), 287–315.

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.