UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini dilakukan melalui kaedah kajian kes berbentuk analisis dan kajian
kepustakaan. Kajian ini melibatkan sampel yang terdiri daripada 28 orang responden Tingkatan 4
Pengajian Kejuruteraan Elektrik 2 di Sekolah Menengah Teknik Dungun, KM 5, Jalan Paka, 23000
Dungun, Terengganu.
Kajian kes difokuskan terhadap aspek sebutan bahasa Melayu baku responden melalui sesi pembentangan
tugasan yang diberikan oleh pengkaji. Pembentangan responden dirakam dan dianalisis mengikut bunyi
sebutan berdasarkan Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991.
Kajian Kepustakaan pula dilakukan untuk mencari fakta-fakta yang releven untuk menyokong dapatan
dan kajian kes.
Hasil kajian membuktikan terdapat hubungan yang signifikin antara kelemahan sebutan responden yang
disebabkan oleh pengaruh dialek tempatan, kelemahan sebutan yang disebabkan proses peleburan
terhadap setengah-setengah perkataan dan kelemahan sebutan kata-kata pinjaman terutamanya daripada
bahasa Inggeris.
Dalam bab 1, pengkaji menyatakan pernyataan masalah, tujuan kajian, soalan- soalan kajian,
kepentingan kajian serta batasan kajian. Bab 2 pula merupakan kajian kepustakaan yang merupakan
tinjauan literatur yang berkaitan sama ada kajian tempatan mahupun kajian luar negara yang
berkaitan aspek kajian.
Dalam bab 3, pengkaji menyatakan reka bentuk kajian, populasi dan sampel, alat kajian, prosedur
pengumpulan data serta prosedur menganalisis data yang berkaitan. Menerusi bab 4, pengkaji
melakukan analisis kesilapan sebutan dalam kalangan responden sewaktu pembentangan tugasan secara
lisan. Penganalisisan data ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan kajian yang dikemukakan dalam
bab 1.
Akhirnya dalam bab 5, pengkaji membicarakan rumusan kajian yang dijalankan disamping mengemukakan
cadangan serta saranan untuk memperbaiki aspek sebutan dalam kalangan responden demi
memperbaiki keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran kemahiran lisan atau sebutan bahasa Melayu di sekolah menengah.
|
References |
Abdullah Hassan (1989). Isu-Isu Perancangan Bahasa: Pengintektualan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan (1996). Isu-isu Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan et. al. (1989). Kesalahan Bahasa Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan et. al. (1983). Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Aziz Abdul Talib (1993). Menguji Kemahiran Bahasa Prinsip, Teknik dan Contoh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Hamid Mahmmod (1997). Guru dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Media Printext (M) sdn. Bhd.
Ahmad Khair Mohd. Nor et. al. (2005). Bahasa Melayu Profesional Edisi Semakan. Tanjung Malim: UPSI.
Awang Sariyan (1989). Pembakuan Bahasa Melayu: Falsafah, Sejarah dan Aspek-Aspeknya. Dewan Bahasa Jilid 33.
Awang Sariyan (2002). Ceritera Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan (2004). Teras Pendidikan Bahasa Melayu Asas Pegangan Guru. Pahang: PTS Publications & Distributars Sdn. Bhd.
Awang Sariyan (2005). Tuntunan Bahasa Asas Pegangan Guru. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Asmah Haji Omar (1985). Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar (1991). Kepelbagaian Fonologi Dialek-Dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azman Wan Chik et. al (1989). Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 1: Perkaedahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1994). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dahlia Janan et. al. (2004). Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu Tafsiran Sukatan Pelajaran Baharu. Tanjung Malim: UPSI.
Darwis Harahap (1989). Peristiwa Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Farid M.Onn dan Ajid Che Kob (1993). Simposium Dialek, penyelidikan dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
James T.Collins (1989). Antologi kajian Dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Lado, R. (1957). Language Teaching. New York: Mc Graw Hill, Inc.
Lufti Abas (1971). Linguistik Deskritif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim (1981). Beberapa Persoalan Linguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim (1988). PedomanUmum Sebutan Baku Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim (1992). Laporan kajian Sosiolinguistik Penggunaan, Penguasaan dan Pelaksanaan Bahasa Melayu Baku Di Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri/ Persekutuan, Badan-Badan Berkanun/Swasta dan Kuasa-Kuasa Tempatan Di Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raminah Sabran dan Rahim Sham (1987). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Trudgill Peter (1984). Sosiolinguistik Satu Pengenalan (Nik Safiah Karim. Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |