UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengetahuan, sikap dan persepsi masyarakat terhadap kanak-kanak Autism Spectrum Disorder (ASD). Reka bentuk kajian ini adalah kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data kajian. Kajian ini melibatkan seramai 100 orang responden yang terdiri daripada guru, ibu bapa dan penjaga. Data bagi kajian ini telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan, sikap dan persepsi masyarakat tentang kanak-kanak ASD adalah tinggi. Kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan pengetahuan, sikap, dan persepsi masyarakat tentang kanakkanak ASD mengikut jantina. Pengkaji juga mendapati pengetahuan dan persepsi masyarakat tentang kanakkanak ASD adalah berbeza mengikut tahap pendidikan, manakala sikap masyarakat tentang kanak-kanak ASD adalah tidak berbeza mengikut tahap pendidikan. Selain itu, dapatan menunjukkan terdapat hubungan kolerasi positif yang sederhana antara pengetahuan dengan sikap dan persepsi masyarakat tentang kanak-kanak ASD. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan dalam memberikan input kepada para pengkaji dan pihak berkenaan bagi memastikan kanak-kanak ASD ini diterima oleh masyarakat dengan baik. |
References |
Chua, Y. P. (2012). Asas statistik penyelidikan (Kedua). Kuala Lumpur: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Hasnah Toran, Mohd. Hanafi Mohd. Yasin, Mohd. Mokhtar Tahar, & Norani Salleh. (2010). Tahap latihan, pengetahuan dan keyakinan guru-guru pendidikan khas tentang autisme. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(1), 19-25. Khairul Azhar Idris. (2018). Kesedaran autisme dalam masyarakat. Utusan Online Majin, M., Hashmi, S. I., & Sombuling, A. (2017). Kesedaran guru di Kota Kinabalu, Sabah dalam pengetahuan dan persepsi terhadap Autism Spectrum Disorder (ASD). Jurnal Psikologi Malaysia, 31(3), 56-63. Meiriawan Sulistyo, Abdul Salim Choiri, & Furqan Hidayatulloh. (2017). Decreasing tantrum of child with Autism using Brain Gym. European Journal of Special Education Research, 2(2). Mohd Majid, K. (2009). Kaedah penyelidikan pendidikan (Keenam). Ampang: Dawana Sdn. Bhd. Mohd Najib, A. G. (2006). Reka bentuk tinjauan soal selidik pendidikan. Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Suhaimi Mohamad & Nur Natasha Amelia Rosdi. (2018). Hubungan antara tingkah laku keibubapaan, tekanan psikologikal dengan tahap kesihatan mental dalam kalangan penjaga kanak-kanak autisme. Jurnal Psikologi Malaysia, 32(4). 123-132. Quirantes, D. (2009). Collaborative approach to autism: A parent’s perspective. Journal for Specialist in Pediatric Nursing, 14(3), 203-205. Siti Marziah Zakaria & Nor Shahirah Mat Tauhaid. (2018). Cabaran membesarkan anak-anak autisme daripada perspektif ibu. Jurnal Psikologi Malaysia, 32(1), 58-71. Soltanifar, A., Akbarzadeh, F., Moharreri, F., Soltanifar, A., Ebrahimi, A. Mokhber, N., & Naqvi, S. S. A. (2015). Comparison of parental stress among mothers and fathers of children with Autistic Spectrum Disorder in Iran. Iranian Journal of Nursing and Midwifery Research, 20, 93-98 Suhaily Md Shamsudin & Siti Syuhada Abd Rahman. (2017). Public awareness on the characteristics of children with autism in Selangor. Malaysian Online Journal of Education, 1(2), 73-81.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |