UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Sukan petanque merupakan sukan yang dimainkan menggunakan bola yang
diperbuat daripada logam. Pointing dan shooting merupakan pergerakan yang utama
dalam sukan petanque. Pengkaji telah memfokuskan pergerakan pointing dalam kajian ini. Pointing
adalah lontaran yang bertujuan menjadikan bola besi “boules” sedekat yang mungkin dengan bola
kayu “jack”. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti sudut hayunan belakang, sudut
lepasan lengan, kelajuan hayunan tangan, kelajuan boule, ketinggian maksimum boule, jarak
antara boule dengan jack dan mata bagi teknik lontaran rendah pada jarak 8 meter terhadap
lima orang atlet rekreasi lelaki dan lima orang atlet rekreasi wanita Universiti Pendidikan
Sultan Idris dalam sukan petanque. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan
pendekatan deskriptif. Pengkaji menganalisis data menggunakan perisian kinovea 0.8.15 dan
Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 23.0. Kesimpulan yang dapat dikeluarkan
berdasarkan penelitian ini ialah sudut hayunan belakang 30° - 60°, sudut lepasan lengan 69° - 72°,
kelajuan hayunan tangan 5.10 m/s – 5.34 m/s, kelajuan boule 6.56 m/s – 7.47 m/s dan ketinggian
maksimum boule 0.98 meter – 1.00 meter. Kelima-lima komponen
ini saling berkait rapat antara satu sama lain.
|
References |
Agustini, D. K., Nugraheni, W., & Maulana, F. (2018). Hubungan Kekuatan Otot Lengan dan Koordinasi Mata Tangan Terhadap Ketepatan Shooting dalam Olahraga Pétanque Di Klub Kota Sukabumi Tahun 2018 - Repository UMMI. Ummi.ac.id.
Arif, K., & Bima, S. P. (2020). Analaisis Faktor Antropometri, Biomotor dan Psikomotor Terhadap Lemparan Pointing Olahraga Petanque Atlet Porprov 2020 Kabupaten Ngawi. Creating Productive and Upcoming Sport Education Profesional Hmzanwadi University, 3(1), 31-36.
Bustomi, A. O., Hidayah, T., Okilanda, A., & Putra, D. D. (2020). Analisis Gerak Pointing Pada Olahraga Petanque. Journal Sport Area, 5(1), 65–75.
Cahyono, R. E., & Nurkholis. (2018). Analisis Backswing dan Release Shooting Carreau Jarak 7 Meter Olahraga Petanque pada Atlet Jawa Timur. Jurnal Prestasi Olahraga, 1(1).
Chua, Y. P. (2011). Kaedah dan statistik penyelidikan: kaedah penyelidikan - UM Research Repository. Um.edu.my.
Faizal, A. N. Y., Bekri, M. R., Ruhizan, M. Y., & Ridzwan, C. R. (2014). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Pemindahan Pembelajaran berdasarkan Pendekatan Model Rasch: Kajian Rintis. First Tech. Vocat Educ. Int. Semin. 2014, 2014(Tveis), 1-9.
Kharim, M. A., & Nurkholis. (2018). analisis back swing dan release ketepatan pointing half lob jongkok pada jarak 7 meter olahraga petanque. Jurnal Prestasi Olahraga, 1(3).
Kholifatul, I. A., & Nurkholis. (2020). Efektivitas Pointing Jongkok dan Berdiri Pada Jarak 7 dan 9 Meter Dengan Teknik Half Lob Cabang Olahraga Petanque. Jurnal Prestasi Olahraga, 3(1).
Quah, W. B., Thalaha, A., Silim, A. Z., & Ahmad, A. L. (2018). Penerapan Kemahiran Insaniah Menerusi Sukan Petanque dalam Kalangan Pemain di IPTA dan IPTS. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 7(2), 12–21.
Sinaga, F. S. G., & Ibrahim. (2019). Analysis Biomechanics Pointing dan Shooting Petanque Pada Atlet TC PON XX PAPUA. Sains Olahraga: Jurnal Ilmiah Ilmu.
Sovia, W. & Donie. (2020). Vo2max, Daya Ledak Otot Tungkai, Kelincahan dan Kelentukan Untuk Kebutuhan Kondisi Fisik Atlet Taekwondo. Jurnal Patriot, 2(2), 640–653.
Supiah, I. & Syed Mahadzir, S. I. (2004). Koleksi: Petanque, Netball, Volleyball, Basketball, Throw Ball and Cycling. Sri Kembangan, Selangor: Penerbitan PCT SDN BHD.
Yuliasih, Y. (2016) Profil BMI, BMR dan Kebutuhan Kalori Harian Atlet Nasional Petanque Indonesia. In Prosiding Seminar dan Lokakarya Fakultas Ilmu Keolahragaan Universitas Negeri Jakarga (Vol. 1, No. 01, pp. 268-274).
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |