UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Muhammad Fawiz Bakri
Title :Pembinaan semula kurikulum asas Bahasa Melayu bagi pelajar antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2019
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk membina semula Kurikulum Asas Bahasa Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi mengatasi masalah pembelajaran dalam kalangan pelajar antarabangsa. Adaptasi Teknik Delphi dan Teknik Analisis Kandungan Dokumen digunakan dalam kajian ini. Kajian dijalankan dalam tiga fasa, iaitu fasa analisis, fasa membina dan fasa penilaian kurikulum. Fasa analisis melibatkan proses menganalisis pandangan informan dan ciri-ciri kurikulum sedia ada. Fasa membina pula melibatkan proses membina semula kurikulum berdasarkan pandangan pakar dan buku panduan mata pelajaran umum, manakala fasa penilaian kurikulum melibatkan proses memeriksa dan menganalisis kurikulum yang dibina semula. Proses penilaian ini dilakukan dalam pusingan kedua Teknik Delphi. Lima orang pengajar mata pelajaran Asas Bahasa Melayu bagi pelajar antarabangsa di Universiti Awam dan Swasta dilibatkan sebagai informan kajian dalam kajian ini. Informan dipilih berdasarkan persampelan bertujuan (purposive sampling) iaitu berpandukan pengalaman dan kepakaran mereka dalam Kurikulum Asas Bahasa Melayu. Informan juga dipilih berdasarkan garis panduan Skulmowski iaitu kerelaan, mempunyai masa yang mencukupi serta mampu berkomunikasi dengan baik. Temu bual semi berstruktur dan borang senarai semak digunakan sebagai instrumen kajian ini. Temu bual semi struktur digunakan untuk mendapatkan pandangan informan dari perspektif berbeza. Borang senarai semak pula digunakan untuk menganalisis kurikulum sedia ada dan kurikulum yang baru dibina. Dapatan kajian dalam fasa analisis menunjukkan wujud perbezaan antara kurikulum di institusi pengajian mengikut keperluan semasa. Selain itu, dapatan menunjukkan wujud keperluan pertambahan masa, iaitu dari dua jam menjadi tiga jam untuk satu minggu. Dapatan turut mendapati bahawa pelbagai kaedah boleh dilakukan dalam pembinaan kurikulum. Dalam fasa membina, dapatan menunjukkan bahawa pengkaji perlu menyesuaikan kurikulum dengan buku panduan matapelajaran umum selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dan ketetapan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Dalam fasa penilaian, dapatan menunjukkan pengasingan pelajar berdasarkan aras keupayaan individu boleh dilakukan sekiranya wujud tiga tahap pembelajaran dan perlunya ujian penempatan untuk mengenal pasti tahap kemahiran pelajar. Kesimpulannya kurikulum Asas Bahasa Melayu boleh dibina dengan menganalisis elemen-elemen keperluan yang wujud seperti keupayaan pelajar, tempoh masa dan kaedah pembelajaran. Implikasi kajian ini juga membawa kepada satu perspektif baharu, iaitu perlunya perubahan dalam pembinaan kurikulum Asas Bahasa Melayu bagi membentuk pelajar antarabangsa yang mahir menggunakan bahasa Melayu dengan baik.

References

Anderson, J., & Milicent, P. (2011). Pengkajian tugasan dan tesis (ed. 4th). (P. Marzita,

& B. Sadiah, Ed.) Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

 

Awang Sariyan (2014). Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa dan upaya

pengantarabangsaannya. Dalam S. M. Nasir, S. S. Bakar, & Z. Osman, Jaringan

pengajian bahasa Melayu (hlm. 1-43). Tanjung Malim: Penerbit UPSI.

 

Berman, P., & McLaughlin, M. (1976). Federal programs supporting educational change

(Jil. VIII). Santa Monica, CA: Rand Publisher.

 

Dixon, (1994). Ergativity. Cambridge, England: Cambridge University Press.

 

Faizah, Abd. Manan., Zamri Mohamod., & Mohammed Amin, Embi. (2010). Pembinaan

dan penilaian modul belajar cara belajar bahasa Melayu pelajar asing: Satu

kerangka konsepsi. Proceedings of 2th international conference issues in

language teaching and learning amongst non-native speakers, 2, hlm. 251-260.

 

Faizah, Abd. Manan., Zamri Mohamod., & Mohammed Amin, Embi. (2010). Kerangka

pembangunan dan penilaian modul belajar cara belajar bahasa Melayu pelajar

asing institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.

Didapatkan dari http://journalarticle.ukm.my/1502/1/Faizah_abd. Manan_2.1.pdf

 

Faizah, Abd. Manan., Zamri Mohamod., & Mohammed Amin, Embi. (2010).

Penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing

cemerlang mengikut kemahiran. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan

Negara kali keempat, (hlm. 65-75).

 

Finch, C., & Crunkilton, J. (1999). Curriculum development in vocational and technical

education: Planning, content, and implementation (ed. 5th). Boston: Allyn &

Bacon.

 

Gardner, H. (2012). Frequently asked question-multiple intelligences and related

educational topics. Cambridge, England: Cambridge University Press.

 

Harold, A. L. (1979). The Delphi Method: Techniques and applications. Reading: Adison

Wesley Publication.

 

Henry Guntur, T. (1993). Dasar-dasar kurikulum bahasa. Bandung: Penerbit Angkasa.

 

Henson, K. (1995). Curriculum development for education reform. U.S: Longman inc.

 

Horton, B. (1984). Sociology. New York: Mc Graw Hills Publisher.

 

Hussien Umar. (2001). Strategic management in action. . Jakarta: PT Gramedia Pustaka.

 

Juriah Long., Raja Fauzi Raja Musa., Warnoh Katiman, Zarin Ismail. Khalid Abdullah,

Puteh Mohamad & Hamidah Yamat (2001). Keperluan pendidikan bahasa Melayu

di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta. Jurnal Pendidikan 26, 21-36.

 

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2016). Rubrik PNGK Bersepadu (iCGPA)

Panduan pentaksiran hasil pembelajaran. Putrajaya: Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia.

 

Khuzaiton Zakaria & Thana Abdullah. (2014). Mengajar bahasa Melayu kepada penutur

asing dan cabarannya: pengalaman di Universiti Malaysia Kelantan. PDE2014.

Didapatkan dari http://umkprints.umk.edu.my/2902/

 

Lawson A.E, Abraham M.R, & Renner J.W. (1989). A theory of instruction: Using the

learning cycle to teach science concepts and thinking skills. Manhattan: Kansas

State University.

 

Mazlina Baharuddin. (2013). Pemerolehan dan penguasaan kecekapan berbahasa Melayu

dalam kalangan pelajar asing di Universiti Sains Malaysia. Procedia ICALIS.

 

Nor Zihan Hussin. (2011). Pelaksanaan pembelajaran pemahaman mendengar dalam

kurikulum bahasa Perancis di sekolah Menengah di Malaysia. Kuala Lumpur:

PhD. thesis, University of Malaya.

 

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: MC Graw Hill

(Malaysia) sdn.bhd.

 

Oliva P.F. (1992). Developing the curriculum (ed. 3rd). New York: Harper Collins

Publisher Inc.

 

Othman Lebar. (2014). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan pada teori dan metod.

Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

 

Parida, B. (2007). Improving english teaching: Role of psycho-social factors. Delhi:

Sachin Printers.

 

Paul, V. G., & Marjin, V. D. (2012). Focus on variability: New tools to study intraindividual

variability in developmental data. (R. Gabrielle, S. G. Daley, & R. L

Tood, Ed.) A Research Reader in Universal Design for Learning, 177-182.

 

Punitha Muniandy, Abd. Jalil Osman., & Shahrir Jamaluddin. (2017). Kesan kemahiran

bertutur dalam bahasa Malaysia secara kaedah pembelajaran informal dalam

kalangan penutur asing dewasa: Satu pandangan pembelajaran berterusan. Jurnal

Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 5(4). Didapatkan dari

https://ejournal.um.edu.my/index.php.JUKU/article/view/8234

 

Rozmi Ismail (2015). Methodologi penyelidikan teori dan praktis. Bangi : Penerbit

Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Shavelson, J. (1984). Research on teacher's pedagogical thoughts, judgments, decisions

and behavior (The Rand Paper Series). New York: The Rand Corp.

 

Siti Saniah Abu Bakar. (2012). Kekangan pelajar asing dalam menggunakan kemahiran

bertutur bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3(1). Didapatkan dari

http://journalarticle.ukm.my/6371

 

Siti Saniah Abu Bakar. (2012). Pengaruh motivasi instrumental dan integrative dalam

pemilihan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan penutur asing.

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2. Didapatkan dari

http://journalarticle.ukm.my/5720

 

Skulmowski, Hartman, & Krahn. (2007). The Delphi Method for graduate research.

Journal of Information Technology Education, 6. Didapatkan dari

http://jite.org/documents/vol6/JITEv6p001-021Skulmoski212.pdf

 

Stephen, A. R. (1954). Building the high school curruculum. London: Ronald Press Co.

 

Sulaiman Mohamad . (2005). Kaedah penyelidikan dan panduan penulisan (esei,

proposal, tesis). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.

 

Taba, H. (1962). Curriculum development: Theory and practice. . Harcourt: Brace &

World Publication.

 

Tanner, D., & Laurel, T. (2006). Curriculum development: theory into practice (ed. 4th).

London: Routledge.

 

Tyler, R. (1949). Basic principles of curriculum and instruction. Chicago: Copyright

Chigago University Press.

 

Zamri Mohammod., Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, & Mohamed Amin Embi. (2017).

Strategi Pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar warganegara asing

berdasarkan kemahiran bahasa dan gred. Jurnal Personalia Pelajar(17).

Didapatkan dari http://www.ukm.my/personalia/wpcontent/

uploads/2015/06/paper-9_2014_zamri-et.al_FPend.pdf

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.