UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :research_report
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Azizah Zain
Additional Authors :Zaharah Osman
Jamilah Mohd Basir
Azila Alias
Title :Pembangunan modul kesediaan global prasekolah berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2018
Notes :PAKK
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini adalah bertujuan untuk membangunkan Modul Kesediaan Global Kanak-kanak Prasekolah berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Proses pembangunan modul melibatkan tiga fasa iaitu fasa analisis elemen keperluan modul, fasa pembangunan modul dan fasa pelaksanaan dan penilaian modul. Modul Kesediaan Global yang dibangunkan ini merangkumi aspek (a) kemahiran komunikasi dan kebolehan berbahasa pelbagai (b) kemahiran ICT (c) kepelbagaian dan multikulturalisme (d) kemahiran berfikir aras tinggi (e) kemahiran pemeliharaan alam sekitar (f) kemahiran literasi kewangan dan (g) kemahiran asas keselamatan serta pertahanan diri. Kajian secara kualitatif menggunakan teknik temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen melibatkan 10 orang guru prasekolah di sekitar negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Dapatan kajian dalam fasa pertama telah mengenalpasti elemen keperluan modul berasaskan tujuk aspek yang telah dinyatakan. Dalam fasa kedua iaitu fasa pembangunan modul, penambaikan telah dibuat berdasarkan komen daripada pakar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Dapatan daripada fasa akhir iaitu pelaksanaan dan penilaian mendapati modul ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan guru . mempunyai pengetahuan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan KBAT di prasekolah. Dapatan juga mendapati modul berjaya menerapkan unsur global dalam kalangan kanak-kanak dengan menggunakan kemahiran KBAT bagi memastikan kanak-kanak mempunyai kemahiran untuk menyesuaikan diri dengan senario yang sentiasa berubah di peringkat global. Impilkasi kajian ini menunjukkan modul yang tersusun dan berkesan perlu dibangunkan sebagai garis panduan kepada guru dalam merancang pengajaran bagi menerapkan pengajaran Pendidikan Kesediaan Global Kanak-Kanak Prasekolah melalui KBAT.

References

Carnoy, M., (1999). Globalization and educational reform: What planners need to know. Paris:

UNESCO.

 

David, T., (2010). Curriculum in the early years in Pugh Gillian Contemporary issues in

early years. London: Sage Publications.

 

Fan, S.P., Liberman, Z., Keysar, B., & Kinzler, K.D. (2015). The exposure advantage: early

exposure to a multilingual environment promotes effective communication.

Psychological Science, 26 (7), 1090–1097.

 

Kate, C. and D. Cuthbert, 2014. Global childhoods issues & debates. Los Angeles: Sage

Publications.

 

Oltman, M. (2012). Natural Wonders. A Guide to Early Childhood for Environmental

Educators. Minnesota Children’s Museum and the Minnesota Office of

Environmental Assistance. Minnesota: Minnesota Children’s Museum.

 

Mohd Zohir Ahmad & Nordin Abd Razak. (2007). Pendidikan alam sekitar di sekolah:

Komitmen Guru. Pendidikan Lestari. DP Jilid 7(2):74-81.

 

Puchta, H. (2012) Developing Thinking Skills in the Young Learners’ Classroom .

Cambridge: Cambridge University Press.

 

Rohaty Mohd Mahzub. (2012). Identiti Guru : Cabaran dan Hala Tuju. Prosiding

Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan (110-121). Universiti Kebangsaan

Malaysia, Bangi, Selangor.

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.